MaMpUkAh Aku MeNjAdI MuslImAAh HarAPan  

Thursday, October 30, 2008

Muslimah Harapan
Persismu permata berlian menjadi rebutan
pejuang keutuhan yang tersimpan di balik tabir yang tenang
Keayuan yang terpancar disinar cahaya iman
itulah muslimah harapan muslimah harapan...
Gerak langkahnya yang sopan
disulam zikir di ingatan keyakinan yang mendalam menjadi tangan perjuangan
Jasad hayatnya diserahkan
untuk sebuah perjuangan
itulah muslimah haraapan
Muslimah puteri harapan
dikaulah harapan membela
Islam yang mulia muslimah puteri harapan
dikaulah cahaya menjadi lambang
Islam yang gemilang...
Puteri harapan serikandi Islam
tetaplah kau dalam perjuangan
menjadi sayap kiri di medan
meneguhkan benteng pertahanan Islam
Gamitan leka duniawi tersungkur jauh di hatimu
kau sematkan kecintaan
yang mendalam terhadap Tuhanmu...
jaga untuk suami tersayang
kau didik generasi mendatang
untuk agama tercinta.....

AddThis Social Bookmark Button


MukA seposen......  

Wednesday, October 29, 2008

Hari ini aku pergi kerja dengan azam baru..dihati dan didalam sanubari
dah tersemat cikit kata-kata pengarah baru...kena mulakan sifat 3 M dalam diri...
tetapi terdetik dihati kecil ku.. Ya Allah Engkau telah turunkan limpah nikmat
dan rezeki kepada ku...tapi ada kala aku menjadi manusia yang lalai...
aku adalah antara insan yang paling bertuah....
diberi kepercayaan oleh pengarah dan pihak terbabit
untuk aku memberi perkhidmatan pada masyarakat....
sepatatunya kepercayaan dan amanah yang diberikan ku galas dan laksanakan sebaik mungkin...nak kata 100% tak mampu sebab aku manusia biasa
yang tidak lari dari sifat penyakit M(semua orang ada penyakit itu..he...he...)
insyallah aku akan ku laksanakan sehabis baik(woooow azam baru)
sampai ofis aku seperti biasa membaca surat khabar nak tau
perkembangan terkini dan sensasi..selesai membaca surat khbar
baru aku perasaan suasana opis senyap macam malaikat lalu..
wah aku kehairanan selalu ada suara-suara yang memberi
pandangan@komen kalau sesuatu berita disurat khabar...
kulihat riak wajah rakan-rakan ku...
masam dan tidak banyak bercakap....
dalam hati ku dah syak ne mungkin kes semalam ne...
(semalam ada jamuan di HQ semua staf hadir)masa dah nak balik diperkarangan kawasan letak kereta di HQ kereta kawan sekerja ku dicalarkan oleh manusia
yang tiada sifat kesabaran.... berlaku sedikit kekecohan tetapi sekejap je...
keadaan kembali pada normal...
aku ternampak kawan ku lagi sorang.... sebelum dia masuk kereta dengan nada
bergurau ku katakan pada member lagi sorang...
"oooh naik kereta besar dan baru patutlah tak nak cakap...
esok keta pulaukan dia"aku hanya bergurau je..
tiba-tiba dia tarik muka seposen
(lantak lah kome...)rupanya gurauan ku masih tersimpan
didalam hati dan sanubarinya...
hari ini dia mogok dan sebotaj dekat aku...




:d kesabaran setiap insan ada batasan

AddThis Social Bookmark Button


Sejadah Keimanan  

Saturday, October 25, 2008








Dalam kita melangkah
terkandang kala diuji...
dengan ujian yang teramat berat
hingga kita terduduk menangis......
peritnya terasa tapi ketahuilah dan renungilah
kedalam diri kerana mungkin
airmata tika itu
hadir kerana dia mahu kita
menjahit kembali sejadah iman
yang kian koyak........
lantaran ada langkah-langkah
yang tersasar dari keikhlasan dan
semoga kita tabah dan ditetapkan iman





AddThis Social Bookmark Button


tIAdA kEpAsTiAn.......  

Friday, October 24, 2008



"Ya Allah Bantulah Hamba Mu Yang Lemah Ini"
"Murahkan Rezeki Hamba Mu Ini"


Selesai aku solat maghrib.....aku seperti biasa menonton berita
"Bulatin utama" bukan pe hanya untuk
mendapat pengetahuan dan mengikuti perkembangan
yang berlaku luar dan dalam negara....
tapi bab politik aku kulir(malas) nak mendengar balik-balik perkara yang sama je..
orang ne tuduh orang itu..orang itu tuduh orang ne..
(lantak lah koma..he..he...)
sambil menonton berita sambil itu juga mulut ku tidak
berhenti menguyah makanan....
tiba-tiba mulut ku terhenti menguyah dan telinga ku menangkap
tajuk berita yang dibaca oleh penyampai berita...
Ya Allah betul ke pe yang ku dengar@aku tersalah dengar...
bila ku baca tajuk berita yang dipaparkan...
"KAKI TANGAN AWAM YANG BERJAWATAN KONTRAK
AKAN DITAMATKAN PERKHIDMATAN"
Ya Allah aku terkejut dan tergamam mendengarnya....
serta merta aku terbayang wajah-wajah rakan sejawatan@kerja
dengan ku yang masih berjawatan kontrak....
"terdetik dihatiku bagaimana perasaan mereka andai mereka
mendengar berita ini".....pasti mereka kecewa dan gelisah...
andai betul pihak terbabit mengotakan pe yang diperkatakan....
50 ribu orang akan kehilangan mata pencarian(sumber rezeki)......
terdetik dihati ku adakah ini merupakan penganiayaan @kezaliman
yang dilakukan secara terhormat,pada pihak yang lemah???????????
tapi masih ada kelegaan ada pihak yang terbabit sedaya upaya akan memperjuangkan hak perkerja yang berjawatan kontrak dan menghalang dari pihak terbabit
dari merealisasikan pe yang diperkatakan...
tapi keputusan dan kesahihan berita tersebut belum diputuskan lagi...
Ya Allah aku bersyukur teramat sangt kerana memperolehi jawatan tetap ...
sekurang-kuarang terselamat dari permasalahan ini ......

AddThis Social Bookmark Button


Masa vs KElalaiAAn Ku........  

Thursday, October 23, 2008

Subuhnya : di mana aku berada
masih enak dalam kelambu
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru terlupa
aku semakin di hujung waktu
siapa aku di depan Tuhanku?


Zohornya :aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membilang keuntungan
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku menggadaikan sebuah ketaatan
siapa aku di depan Tuhanku?


Asarnya : aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas tidak dihujung kepala
aku masih bercerita : tentang si Tuah yang setia
dan si Jebat yang derhaka
siapa aku di depan Tuhanku?


Maghribnya : aku melihat warna malam
tetapi aku masih berlegar disebalik tabirnya
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku di depan Tuhanku?


Isyaknya : kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan mengangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
bercumbu-cumbu dengan waktu
siapa aku di depan Tuhanku?


Kini : aku menjadi tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan sejadahku menjadi sepi
kerana dihujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan disembahyang dan dibawa pergi?Disini
jika di ruangku dibiarkan kosong dan sunyi
jika wajahku menjadi asing pada bintang dan mentari
bagaimana aku .. didepan Tuhanku nanti?

AddThis Social Bookmark Button


wanita dan kedudukannya................  

Wednesday, October 22, 2008

Wanita begitu tinggi kedudukannya di mata Islam.

Sabda Rasulullah S.A.W, ” Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki.”
Bila kita perhatikan, sungguh mudahkan utk wanita menjejakkan kaki ke dlm syurga....
kunci pada pintu syurga memang sudah terletak dalam genggaman setiap wanita.
Dan terletak pada seseorang wanita itu, samada untuk mengorak langkah ke hadapan dan membuka pintu berkenaan. Ataupun terus lalai dengan arus dunia,
kerana pasti gugusan kunci itu tidak akan terlepas dari genggaman. Dan akhirnya membawa kepada musnahnya kemuliaan seseorang wanita. Tapi, akan kita semua maklum. Allah itu Maha Pengampun. Dan untuk seseorang yang ikhlas akan taubat-Nya, insya-Allah akan diampunkan Allah dosanya.

This sabda actually leads to this post by a blog upon
googling about the sabda on:
Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat [rujuk pada sabda Rasullulah S.A.W di atas]. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami.

Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah pun bergantung
kepada redha suami.

Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillillah
(berjuang di jalan Allah) di kala mengandung.
Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu
akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba.

Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suaminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa.

Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus hal-hal berkaitan anak-anak akan dapat tinggal bersama Rasulullah S.A.W di Syurga kelak.

Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.

AddThis Social Bookmark Button


DoA kebahgiaan SEKELUARGA  


AddThis Social Bookmark Button


hATi iNI tERgURis.......  

Tuesday, October 21, 2008

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerna tiada siapa yang sudi membela

Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku dilaluan sepi
Kutinggalkan mereka yang kupercayai

Namun ku tahu
Ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padamu tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau maha mengetahui
Segala apa yang terbuku dihati

Ya allah tidak ku terdaya lagi
Menahan dugaan yang menimpa diri
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah ku mulai

Ya allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidak ku berhenti dipertengahan

Kini disini aku berdiri
Kersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali mentari pagi
Setelah malam ku berkalut benci

AddThis Social Bookmark Button


Akan Ku Balas Dendam....  

Monday, October 20, 2008

Ya Allah mata ku terlalu mengantok sangat..
tidak bermaya nak melakukan tugas...
rasanya nak kulelapkan mata sebarang 5 minit @lebih...
tapi takut tak pasal-pasal glomor aku masuk surat khbar sinar...
dikawasan opis aku banyak sangat
wartawan yang tak bertauliah...
semuanya GP (gila pangkat)....
akibat kekurangan tido kepala ku menjadi sakit sangt..
rasa mcm nak pecah....
malam tadi kawasan perumahan tempat tinggal ku dan kawasan yang sekutu dengannya mengalami
masalah ganguan bekalan elektrik...
mak ai lama betul 6 jam....(tersiksa betol aden)
cuaca waktu hujan tapi tidak rasa sejuk tapi panas berbahang..
mungkin dah lama tak hujan...
bila hujan turun keluarlah haba yang terperap itu...
aku tidak dapat melelapkan mata..
aku paksa jugak mata pejam tapi teling ku
terdengar nyanyian nyamuk nyaring betul...
nyamuk berdansa depan muka ku....
badan ku jadi santapan nyamuk...
mungkin darah ku rasa sedap
maklumlah darah anak dara..he..he...
badan tidak selesa kerana kepanasan...
penat bergolek macam nangka busuk
akhirnya aku tertido....kurasakan baru nak bermimpi...
emak dah panggil bangun untuk pergi kerja....
aduhai terseksanya jiwa ku...
bila ku lihat jam sudah pukul 7.30 pagi...
Ya Allah aku dah terlambat nak pergi kerja...
nasib baik opis dengan rumah hanya 5 minit je...
(nasib waktu ne tengah cuti solat)
Ya Allah hari ne ku rasa jam berputar terlalu lambat sangat...
aku nak segera balik rumah aku nak membalas dendam
kerana malam tadi tidak dapat tido lena...
pandanganku kini kelihatan bantal melambai-lambai memanggil ku
segera pulang...he...he....

AddThis Social Bookmark Button


Sinar Bahagia Pasti Kan Bersinar Jua...  

Tuesday, October 14, 2008


Air mata dan zikir menjadi penenang jiwa batin ku...dikala orang sedang lena dibuai mimpi..
mata ku tidak dapat lena...akhirnya aku mengambil kuputusan untuk mengadu kepada yang maha Esa..aku dan keluarga ku kini sedang diuji dan diduga oleh Allah s.w.t....alhamdullilah duga yang Allah berikan keatas aku dan keluarga ku itu tandanya Allah sayangkan kami..dugaan ini menjadikan aku lebih mendekat diri padaNya..fikiran ku bercelaru dan perasaan ku hiba melihat keadaan ayah yang sekarang
kesihatannya tidak berapa sihat (mungkin sakit orang tua)itu salah satu sebabnya...
ayah sekarang langsung tidak mahu menjamah makanan &minuman malahan dia kerap termenung...tubuh badannya semakin lemah dan susut..aku terpaksa menggunakan cara kekerasan kerana cara lembut untuk memujuk dia menjamah makan tidak berkesan..
aku terpaksa menjadi anak yang kurang ajar(meninggikan sedikit suara)
walhal aku sebelum ini aku tidak penah meninggikan sikit pun suara kepadanya..
dengan meninggikan sedikit suara baru dia mahu menjamah sedikit makanan..
Ya Allah ampunkan dosa ku..aku terpaksa tanpa kerelaan hatiku berbuat demikian...
niat ku hanya satu nak melihat ayah cepat sembuh dan sihat seperti dahulu..
Aku rela berkorban wang ringgit dan tenaga demi melihat
ayah kembali sihat itu harapan aku dan keluarga...
Menjelang beberapa hari lagi syawal kami sekeluarga mendapat sikit sinar kegembiraan,
apabila kak ku mendapat tawaran kerja tapi kegembiraan itu tidak bertahan lama.
ianya hanya seketika..tempat yang ditawarkan kerja kepada
kak ku mengundang bahaya kepada kak...
akhirnya kak dan abg ku mengambil keputusan pergi keputrajaya
untuk berjumpa dengan pihak berkuasa untuk memohon pertukaran kebahgian lain..
pihak berkenan memberitahu ada 2 kekosongan..
dia meminta kak berfikir dan membuat keputusan...
pada ke esokan harinya kak menelefon pihak terbabit untuk menyatakan pilihannya..
tapi pe yang berlaku sebaliknya..
kak diberitahu tiada lagi kekosongan,kak di minta melaporkan diri ditempat asal dia ditawarkan kerja...Ya Allah tidak sampai 48 jam berlaku penipuan...
pe semua ini....permainan pe ini...
kepada pihat terbabit terima kasih diatas sandiwara penipuan semua ini..
kau permainankan perasaan orang yang kau telah berikan harapan
dan yang mengharap pertolongan dari mu...
Ku pujuk kak ini mengkin ada hikmahnya..sabarlah dan banyak kan berdoa...
Sebaik awan berarak mendung berlalu....Ya Allah sekali lagi aku difitnah oleh manusia yang hati busuk hanya bertopengkan manusia...setahu aku aku tidak penah menyakitkan hati dia,keluarga nya mahu pun orang lain...susah senang aku yang tanggung sendiri....
"biarlah pe orang nak cakap dan buat keatas diriku...
ku percaya nnti disuatu saat dan masa sinar kebenaran akan muncul
juga hanya cepat atau lambat jer...:D
Aku sesekali tidak akan melatah @melenting dengan fitnah yang ditabur keatas diri ku...
aku lebih kenal siapa diriku ini dari dia mahupun orang lain...
kepada mak terima kasih kerana mempercayai anakmu ini dan mak adalah sumber kekuatan aku untuk menghadapi dugaan dan pancaroba dunai hari ini..aku tetap akan mengukir senyuman walaupun ianya terlalu pahit&pedih bak belati menghiris kalbu...


"Ya Allah Tabahkan Hatiku Setabah Hati Siti Sarah"

"Ya Allah Jadikan lh Aku Anak Yang Taat dan Soleha seperti Siti Fatimah...Amin

AddThis Social Bookmark Button


TaNgiSaN DaLaM KeDuKaaN...........  

Saturday, October 11, 2008


"Berusahalah untuk menjadi teman yang setia....
kita tetap bersama walaupun dalam keadaan yang susah"
Pabila madahku datang mengetuk pintu hatimu
Pabila bayu mengusap kerinduan di dadaku
Kau bisikkan cinta di dedaun hatiku
Saat kau meraih kasih di lubuk sanubariku
Bukanku yang pertama mencuri cintamu
Kau kutemu dalam bayangan mataku.........
Di waktu aku meniti usia mudaku
Sedangku belum mengerti apa itu rindu
Dalam meraba hari esokku
Suara sayumu hilang dengan begitu
Sang bayu bertiup lembut di wajahmu
Di jendela hatiku terpahat sebuah memori syahdu
Sekalipun badai mengamuk pantai membisu
Sekalipun dedaun gugur terkulai layu
Hatiku akan tetap merinduimu...
Kerana kaulah insan yang pertama
yang merampas dan bertakhta dihatiku
Airmata setenang benar di raut wajahku
Kehibaan yang tidak di undang datang mendayu
Namunku tahu ini semua bukan permintaanmu
Perpisahan ini ku rela walau pilu rasa hatiku

AddThis Social Bookmark Button


Bila Hilangnya Sebuah Harga Diri  


Harga diri manusia adalah maruahnya
Pada maruahlah keindahan seseorang itu
Maruah tidak boleh dijualbeli
Kerana itu jagalah maruah diri
Jangan cemarkan maruah diri
Hilang kepercayaan seluruh manusia
Allah dan Rasul juga memandang
tinggi maruah manusia
Jika di dalam kehidupan seseorang itu
sudah dapat dilihat cacat-celanya
Seperti pembohong, penzina, bergaul bebas
dengan betina, mungkir janji, khianat,
rosak akhlaknya, menzalimi, penipu,
mementingkan diri jadi budaya,
harga diri sudah tiada
Hilanglah kepercayaan manusia
Diwaktu ini ilmu yang tinggi tidak dapat menebusnya
Wang ringgit tidak dapat memulihkannya
Pangkat dan darjat begitu juga
Sekalipun bertaubat
Jagalah harga diri
jangan sampai tercemar
Jika berlaku musnah dan punah harga diri
Nama baik tercemar
Menderitalah sepanjang hidup seseorang


"Berpasangan dan cinta adalah naluri dan nafsu, otak yang
mengawalnya. Jika biarkan cinta menguasai diri hingga merosakkan hidup, nescaya diburu kekesalan sepanjang hayatnya"

AddThis Social Bookmark Button


Kenangan Hari Raya....  

Friday, October 10, 2008

member-member ku (kalian tetap di ingatan ku......)


Senyuman 3 dara yang mengancam....


* SeMoGa KaLiAn BerJaYa DuNiA dan AkHiRaT.....

*KePaDa Bob Dan ChE Dan AkU TiTiPkAn DoA KaN SeMoGa HuBuNgAn KaLiAn HiNgGa KeJiNjAnG PeLaMiN & KeAkHiR HaYaT.......

*YaNg MaSiH SoLo CePat2 CaRi PaSaNgaN..

AddThis Social Bookmark Button


Besar kesilapan ku....besar lagi kesalahan mu.....  

Cuaca pagi ne cerah sinaran mentari memancarkan cahaya....mood aku pagi ini seceria sang mentari tapi sayang keceriaan itu tidak bertahan lama....ianya direntap dalam sekelip mata oleh sikap manusia yang hanya tahu mencari kesalahan orang lain....haa..........sebaik sahaja aku sampai di pejabat baru kaki nak melangkah masuk pintu pejabat...satu teguran yang lebih kepada menyalahkan diriku...rasanya kesalahan @kesilapan yang aku lakukan tidak sebesar mana hanya yang pasti diantara dia @ orang lain tidak akan terluka @mati..
cara tegurannya yang menengking seolah-olah aku melakukan kesalahan yang boleh mengancam nyawa dia..

Hati ku tersentuh degan teguran yang ku anggap melampau(aku bukan pekak untuk dia menengking aku)walaupun selama ini aku lebih suka ambil sikap berdiam diri@tidak mengambil kisah tetapi aku tetap manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan...adakalanya dia juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan yang lebih besar(menipu dan mencuri masa dalam ketika waktu bertugas)tapi aku hanya memerhati...diam ku selama ne bukan bererti takut..tapi bagi ku dia lebih dewasa dan berpengalaman dalam alam perkerjaan pasti dapat membezakan baik buruk sesuatu perkara..........sayang seribu kali sayang semua itu tak tercapai akalnya....


("Ya Allah tabahkan hati hambamu setabah hati Siti Sarah...Amin)

AddThis Social Bookmark Button


RakaN@kAwAn.......  

Thursday, October 9, 2008

Sesekali jadilah kawan yang mendegar

dari yang hanya bercerita
Ambillah masa untuk
memahami hati
dan perasaan kawan...
Kerana dia juga seorang manusia
Dia juga ada rasa takuti
ada rasa bimbang ,sedih dan kecewa
Dia juga ada kelemahan diri
dia juga perlukan kawan
sebagai kekuatan..
Jadilah kita kawannya itu
kita selalu melihat dia ketawa
tetapi mungkin sebenarnya
dia tidak setabah yang kita sangka
Di sebalik senyumnya itu
mungkin banyak cerita sedih
yang ingin diluahkan
Di sebalik ketenangannya
mungkin tersimpan
seribu kekalutan
kita tidak tahu.....tetapi
jika kita jadi sahabat seperti dia
mungkin kita tahu.......

AddThis Social Bookmark Button


HaTi Ine  





Hati yang semalam
aDaLah
Hati yang menyintai
Hati yang menyayangi
Hati yang merindui..........

TeTaPi
Hati yang hari ini
AdAlAh
Hati yang tercalar
Hati yang terluka
Hati yang berdarah......

NaMuN
Hati yang esok
aDaLaH
Hati yang terubat
Hati yang sedia menempuhi
Onak dan duri ranjau kehidupan
Episod hati yang semalam.....












AddThis Social Bookmark Button


LeMbArAn HiDuP  

Wednesday, October 8, 2008

YA ALLAH.........

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah
Agung cintanya pada Allah dan Rasullah
hartanya diperjuangkan kejalan fisabilillah,
penawar hati kekasih Allah,
susah dan senang bersama......
Dapatkah ku didik jiwa batin seperti Siti Aisyah?
isteri Rasullah yang bijak,
pendorong kesusahan dan penderitaan,
tiada sukar untuk dilaksanakan.....

Mengalir air mataku mendengar
pengorbanan Siti Fatimah
akur dalam setiap perintah,taat dengan ayahnya
yang setia berjuang,tiada memiliki harta dunia
layak untuk dia sebagai wanita penghulu syurga....

Ketika aku marah dan berduka
ingin ku intip serpihan sabar dari catatan
hidup Siti Sarah.......

Ya Allah...tabahkan jiwaku
setabah umi Nabi Ismail
mengendong bayinya yang masih merah,
mencari air penghilang dahaga,
diterik padang pasir merah ditinggalkan suami
akur tanpa bantah pengharapan hanya pada Allah
itulah wanita bernama Siti Hajar...........

Mampukah aku menjadi wanita soleha?
mati dalam keunggulan iman,bersinar harum tersebar,
bagai wanginya pusara Masyitah........

AddThis Social Bookmark Button


 

Design by Amanda @ Blogger Buster