TeNtang WaNIta so KeNAli WaNIta......  

Friday, December 19, 2008








1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata,
itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,
dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pe! rtama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

AddThis Social Bookmark Button


"telefon Berkarat".....  

Thursday, December 18, 2008



"Telefon Berkarat" itu permaian waktu aku zaman kanak-kanak
waktu itu seronok sangat..penuh dengan gurau senda
dan hilai tawa ruang yang mengambarkan keseronokan...
bermain "telefon berkarat" siap ada lagu lagi kami cipta
tanpa ada maksd lain @perasaan yang tidak enak....
sebut je nak main "telefon karat" melompat -lompat ke seronokan...
itu berlaku zaman kanak- kanak ku yang tidak mengerti
rentak dan rencah kehidupan suka,gembira,masam,manis dan pahit...
aaahh bila masa sudah beredar,zaman mula berubah
tanpa ku sedari perubahan itu..
bila aku sudah berada di zaman dewasa...alam pekerjaan....
dimana aku terpaksa berhadapan dengan manusia
yang mempunyai seribu satu ragam...
mula-mula terkejut juga tapi sekarang dah lali sikit lah...
itu agaknye dikatakan asam jarang@rencah kehidupan yang sebenar...
Kini aku di ajak bermain permainan di zaman kanak-kanak ku"telefon berkarat"
tapi kali ne permainan yang hendak di mainkan lebih mencabar sangat...
silap hari bulan boleh bergolak bumi ne...
dulu permainan ini hanya satu rentak je....
tapi kali ini permainan ini lebih rancak sebab dia ada 2 rentak...
di mana ada rentak si pemain kena menari ikut rentak
yang di mainkan oleh si pemukul gendang dan manakala si pemukul gendang
makin rancak memukul gendang sambil ketawa riang...
sekarang ini aku rasanya aku kena menari mengikut pukulan gendang....
he...he....he....(tak pelah........ )
tapi aku tidak mudah melatah dengan permainan ini...
aku tahu pe yang sedang berlaku...tersurat dan tersirat
tapi aku malas nak bising- bising aku menambil pendekatan ikut je
rentak yang mereka mainkan...
suatu hari nanti ku pasti mereka kan kepenatan memukul gendang..
waktu ku akan tunjukkan kehebatan aku memukul gendang...
barulah permainan ne bertambah seronok...
waktu ku rasa ku sudah mampu mengukir senyuman kemenangan.....

AddThis Social Bookmark Button


Yb tunaikan janji.....  

Saturday, December 13, 2008


bergambar bersama Yb dan buku sumbangan

TERIMA KASIH DAUN KELADI...
ESOK LUSA YB BOLEH BAGI LAGI...............

Alhamdululilah aku terkejut campur gembira...bila seorang member libry memaklumkan bahawa Yb kawasan ku ingin datang ke perpustakaan(opis ku)..siap ada wartawan sinar lagi...he..he... pas ne aku mesti glomor gilor....
rupanya permohonan sumbangan buku yang aku mohon
rupanya telah diluluskan...macam tak percaya je(macam mimpi..)
aku ingt permohonnan itu tak berjaya
aku hampir-hampir terlupa dekat permohonan buku itu...
aku harap dengan ada sumbang ini dapat menarik minat pelajar sebangsa aku
lebih minat membaca dan berjaya dalam pe jua bidang...
agar mereka setanding dengan bangsa asing...
dalam kegembiraan hasil susah payah ku..
ada suara sumbing yang kedengaran dibelakang...
suara yang tidak puas hati..
aku dikatanya gilar pangkat dan nama"kaki bodek" heeeee..
macam-macam lah perangai orang sekeliling aku ne...
aku sekarang malas nak fikir dan nak ambik pusing pe orang cakap...
asyik dengar cakap org dan kritikan orang aku makin jadi dungu...
paling teruk takut nak melakukan sesuatu @ mara kedepan....
jadi ambik iniseetif diam kan diri je..
itu lebih baik dari mulut bising tapi keja satu pun tak jadi...
"mulut kasi kunci tangan kasi jalan buat keja"...
aku akan lakukan andai ia mendatangkan kebaik buat diri ku,
perkhidmatanku dan masyarakat.......
















AddThis Social Bookmark Button


bukan mengungkit.... tapi membangkit.....  

Thursday, December 4, 2008

Hari ini pe yang ku laku semuanya tidak menjadi...
jasad ku diofis tapi jiwa ku melayang entah kemana..
hari ini aku sedaya upaya melakar senyuman
yang paling manis (dalam keterpaksaan)
dan buat macam biasa (buat bodoh)
aku terpaksa menipu dan bersikap kepura-puaraan
aaah tapi hari ini hati kecil ku menangis....
ya Allah kenapa aku sering diuji dan di duga
mungkin Allah s.w.t ingin aku sentiasa mendekati Nya
bagaimana perasaan kalian,kamu...kamu semua
bila kamu dikianati oleh orang yang telah kamu percayai
yang telah mengeluarkan dia dari kesengsaraan hidup
memberi kehidupan yang baru yang menjamin masa depannya sekeluarga
ya Allah aku bukan nak mengungkit semua ne
aku ikhlas dalam membantu orang yang dalam kesukaran
aku tak minta balas pe2 pun...
aku tak minta dijulang @ di hormati
tapi kenapa aku diburuk-burukan dan dilaga-lagakan
kini aku menjadi bahan umpatan dan sindiran oleh teman-teman
tapi kau terlalu pandai bermain kata...
senyuman yang ko lemparkan bak racun yang paling menyakitkan
kini baru kutahu kepura-puraan mu selama ne
walaupun madu yang aku bagi ko balas dengan racun
aku tetap macam dulu..tetapi untuk mesra dan akrab
seperti dulu mungkin sukar sedikit....
telah ku semat dalam hati dan minda ku agar berhati-hati
dengan permainan dan sandiwara "racun dunia"

AddThis Social Bookmark Button


tugas baru ku  

Tuesday, December 2, 2008

Lama rasanya aku tidak menulis...rindu banget...
tapi kesibokan dan menyibok aku terpaksa melupakan seketika
ari ne aku curi-cuiri masa meluangkan masa nak menulis...
pagi ne aku terpaksa bagun awal seperti sebelumnya
selalu aku bagun dalam pukul 6.15 pagi tapi skarang aku kena bagun
lebih awal...jadula harian aku dah berubah serta merta...
maklum lah selamanye kerja rumah dan hal berkaitan keluarga
semua kak yang urusankan..aku jarang-jarang
membantu terutama bahagian dapur
aku cuma membantu waktu makan je...he...he...
kalau itu no satu..tak payah disuruh...
pagi ne aku macam lipas kudung...terkejar sana...terkejar cini
mana taknya selama ne aku jarang benar ambil tempat...
selalu buat bodoh je(muka seposen...he..he..)
selalunya keperluan dan urusan keluarga kak yang sediakan dan uruskan
aku hanya sumbagkan kewangan je...yang aku tahu semuanya beres
lepas kak ku ditawarkan berkerja..terpaksa berjauhan dari rumah
akulah terpaksa ambil alih tugas yang kak lakukan selama ne
waduh semuanya aku kena buat...
rupanya susah jugak...tapi tak pelah ini lah pekara yang aku masti tahu lakukan
dan tidak mengharap 100% pada kak dan orang lain
sambil memasak mak sempat menyusik aku (belajo dari sekarang bila dah kawen ada rumah sendiri senag taulah buat keja jangan nak harap suami je...)
waduh kesitu pulak perginya..mak aku ne...buat malu je...
pagi tadi juga aku terpaksa melakukan tugas yang aku tak penah lakukan
mandikan dan beri makan pada babay...
tapi best sangat...pegalaman wooow



AddThis Social Bookmark Button


 

Design by Amanda @ Blogger Buster