TeNtang WaNIta so KeNAli WaNIta......  

Friday, December 19, 2008








1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata,
itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,
dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pe! rtama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

AddThis Social Bookmark Button


"telefon Berkarat".....  

Thursday, December 18, 2008



"Telefon Berkarat" itu permaian waktu aku zaman kanak-kanak
waktu itu seronok sangat..penuh dengan gurau senda
dan hilai tawa ruang yang mengambarkan keseronokan...
bermain "telefon berkarat" siap ada lagu lagi kami cipta
tanpa ada maksd lain @perasaan yang tidak enak....
sebut je nak main "telefon karat" melompat -lompat ke seronokan...
itu berlaku zaman kanak- kanak ku yang tidak mengerti
rentak dan rencah kehidupan suka,gembira,masam,manis dan pahit...
aaahh bila masa sudah beredar,zaman mula berubah
tanpa ku sedari perubahan itu..
bila aku sudah berada di zaman dewasa...alam pekerjaan....
dimana aku terpaksa berhadapan dengan manusia
yang mempunyai seribu satu ragam...
mula-mula terkejut juga tapi sekarang dah lali sikit lah...
itu agaknye dikatakan asam jarang@rencah kehidupan yang sebenar...
Kini aku di ajak bermain permainan di zaman kanak-kanak ku"telefon berkarat"
tapi kali ne permainan yang hendak di mainkan lebih mencabar sangat...
silap hari bulan boleh bergolak bumi ne...
dulu permainan ini hanya satu rentak je....
tapi kali ini permainan ini lebih rancak sebab dia ada 2 rentak...
di mana ada rentak si pemain kena menari ikut rentak
yang di mainkan oleh si pemukul gendang dan manakala si pemukul gendang
makin rancak memukul gendang sambil ketawa riang...
sekarang ini aku rasanya aku kena menari mengikut pukulan gendang....
he...he....he....(tak pelah........ )
tapi aku tidak mudah melatah dengan permainan ini...
aku tahu pe yang sedang berlaku...tersurat dan tersirat
tapi aku malas nak bising- bising aku menambil pendekatan ikut je
rentak yang mereka mainkan...
suatu hari nanti ku pasti mereka kan kepenatan memukul gendang..
waktu ku akan tunjukkan kehebatan aku memukul gendang...
barulah permainan ne bertambah seronok...
waktu ku rasa ku sudah mampu mengukir senyuman kemenangan.....

AddThis Social Bookmark Button


Yb tunaikan janji.....  

Saturday, December 13, 2008


bergambar bersama Yb dan buku sumbangan

TERIMA KASIH DAUN KELADI...
ESOK LUSA YB BOLEH BAGI LAGI...............

Alhamdululilah aku terkejut campur gembira...bila seorang member libry memaklumkan bahawa Yb kawasan ku ingin datang ke perpustakaan(opis ku)..siap ada wartawan sinar lagi...he..he... pas ne aku mesti glomor gilor....
rupanya permohonan sumbangan buku yang aku mohon
rupanya telah diluluskan...macam tak percaya je(macam mimpi..)
aku ingt permohonnan itu tak berjaya
aku hampir-hampir terlupa dekat permohonan buku itu...
aku harap dengan ada sumbang ini dapat menarik minat pelajar sebangsa aku
lebih minat membaca dan berjaya dalam pe jua bidang...
agar mereka setanding dengan bangsa asing...
dalam kegembiraan hasil susah payah ku..
ada suara sumbing yang kedengaran dibelakang...
suara yang tidak puas hati..
aku dikatanya gilar pangkat dan nama"kaki bodek" heeeee..
macam-macam lah perangai orang sekeliling aku ne...
aku sekarang malas nak fikir dan nak ambik pusing pe orang cakap...
asyik dengar cakap org dan kritikan orang aku makin jadi dungu...
paling teruk takut nak melakukan sesuatu @ mara kedepan....
jadi ambik iniseetif diam kan diri je..
itu lebih baik dari mulut bising tapi keja satu pun tak jadi...
"mulut kasi kunci tangan kasi jalan buat keja"...
aku akan lakukan andai ia mendatangkan kebaik buat diri ku,
perkhidmatanku dan masyarakat.......
















AddThis Social Bookmark Button


bukan mengungkit.... tapi membangkit.....  

Thursday, December 4, 2008

Hari ini pe yang ku laku semuanya tidak menjadi...
jasad ku diofis tapi jiwa ku melayang entah kemana..
hari ini aku sedaya upaya melakar senyuman
yang paling manis (dalam keterpaksaan)
dan buat macam biasa (buat bodoh)
aku terpaksa menipu dan bersikap kepura-puaraan
aaah tapi hari ini hati kecil ku menangis....
ya Allah kenapa aku sering diuji dan di duga
mungkin Allah s.w.t ingin aku sentiasa mendekati Nya
bagaimana perasaan kalian,kamu...kamu semua
bila kamu dikianati oleh orang yang telah kamu percayai
yang telah mengeluarkan dia dari kesengsaraan hidup
memberi kehidupan yang baru yang menjamin masa depannya sekeluarga
ya Allah aku bukan nak mengungkit semua ne
aku ikhlas dalam membantu orang yang dalam kesukaran
aku tak minta balas pe2 pun...
aku tak minta dijulang @ di hormati
tapi kenapa aku diburuk-burukan dan dilaga-lagakan
kini aku menjadi bahan umpatan dan sindiran oleh teman-teman
tapi kau terlalu pandai bermain kata...
senyuman yang ko lemparkan bak racun yang paling menyakitkan
kini baru kutahu kepura-puraan mu selama ne
walaupun madu yang aku bagi ko balas dengan racun
aku tetap macam dulu..tetapi untuk mesra dan akrab
seperti dulu mungkin sukar sedikit....
telah ku semat dalam hati dan minda ku agar berhati-hati
dengan permainan dan sandiwara "racun dunia"

AddThis Social Bookmark Button


tugas baru ku  

Tuesday, December 2, 2008

Lama rasanya aku tidak menulis...rindu banget...
tapi kesibokan dan menyibok aku terpaksa melupakan seketika
ari ne aku curi-cuiri masa meluangkan masa nak menulis...
pagi ne aku terpaksa bagun awal seperti sebelumnya
selalu aku bagun dalam pukul 6.15 pagi tapi skarang aku kena bagun
lebih awal...jadula harian aku dah berubah serta merta...
maklum lah selamanye kerja rumah dan hal berkaitan keluarga
semua kak yang urusankan..aku jarang-jarang
membantu terutama bahagian dapur
aku cuma membantu waktu makan je...he...he...
kalau itu no satu..tak payah disuruh...
pagi ne aku macam lipas kudung...terkejar sana...terkejar cini
mana taknya selama ne aku jarang benar ambil tempat...
selalu buat bodoh je(muka seposen...he..he..)
selalunya keperluan dan urusan keluarga kak yang sediakan dan uruskan
aku hanya sumbagkan kewangan je...yang aku tahu semuanya beres
lepas kak ku ditawarkan berkerja..terpaksa berjauhan dari rumah
akulah terpaksa ambil alih tugas yang kak lakukan selama ne
waduh semuanya aku kena buat...
rupanya susah jugak...tapi tak pelah ini lah pekara yang aku masti tahu lakukan
dan tidak mengharap 100% pada kak dan orang lain
sambil memasak mak sempat menyusik aku (belajo dari sekarang bila dah kawen ada rumah sendiri senag taulah buat keja jangan nak harap suami je...)
waduh kesitu pulak perginya..mak aku ne...buat malu je...
pagi tadi juga aku terpaksa melakukan tugas yang aku tak penah lakukan
mandikan dan beri makan pada babay...
tapi best sangat...pegalaman wooow



AddThis Social Bookmark Button


"selamat hari persahabatan sedunia"......  

Saturday, November 22, 2008

Selemah-lemah manusia ialah yang tidak
boleh mencari sahabat dan mensia-siakan
sahabat yang telah dicarinya.........
Saidina Ali

Teman 2 bkn mcm papan skyboard..lom main gilap ..dah main pijak..
Teman 2 bkn mcm bola sepak ..lom dpt kejar ..dah dpt tendang..
Teman 2 bkn mcm bulu tangkis..lom main pegang...dah main pukul..
Teman 2 ibaratkan mcm raghbi..lom dpt rebut dah dpt lindung.
Teman 2 mcm jari..lukanya sembuh sendiri hilangnya xde ganti
Persahabatan itu seperti tangan dgn mata...
Saat tangan terluka, mata menangis.
Saat mata menangis tangan menghapuskannya ...
"SELAMAT HARI PERSAHABATAN SEDUNIA"

...U ARE love-------

AddThis Social Bookmark Button


sms  

Friday, November 21, 2008

Sms yang ku terima masih terbayang-bayang baris katanya di mataku..
aku terkejut sebab no pengirim sms itu aku tidak kenali....
mula-mula timbul juga tanda tanya dan keraguaan....
setelah disoal selidik ya memang hampir betul....
rupanya ibu kepada seorang "teman tapi mesra"
banyak pekara yang kami bualkan...segan dan gabra juga aku
maklumlah bercakap dengan bakal mak mentua..he..he..
perasaan je(aku gurau je tau....)malam tadi aku tidak dapat tido lena masih terdengar-dengar
luahan perasaan ati seorang ibu yang mengharapkan sesuatu dariku....
aahhhhh penyakit betul...kini ati aku berbelah bagi antara sayang,
kasih,kasihan dan sekutu dengannya...bila ku tanya kata hati
hati ku belom bersedia untuk dikongsi bersama insan lain...
jiwa ku belom rela untuk semua ini berlaku...
aahhhhhhhhhhh aku menjadi seorang insan yang fobia
dengan sikap insan bernama "lelaki"...aku teringat kata seorang kak
"lelaki beriman hampir pupus"mungkin ada betulnye.....
tapi aku tahu tidak semua lelaki macam itu....
ibunya inginkan kepastian padaku...
lidah ku kelu nak berkata-kata....fikiran ku kosong waktu itu..
hanya yang mampu ku lakukan agar si ibu tidak begitu megharap
dan menanti pekara yang tidak pasti..ku katakan padanya
biar kami berkawan dahulu....(ini yang buat aku x gomar,bilo omak dah masuk campur)

AddThis Social Bookmark Button


bersin oh bersin  

Wednesday, November 19, 2008



Hari ini aku kurang sihat...asyik bersin je...kepala sakit sangat
rasa nak baring je...aku telefon "bos kecil"nak mohon cuti...
belum pe-pe lagi dia cakap tidak boleh..alasanye tiada sape nak bantu
staf keja lagi seorang....alsan betul...kalau ikut kewarasan takkan staf
yang dah lama berkhidmat tidak boleh menjalankan tugas sendiri.....
aku malas nak cakap banyak aku terus mematikan talian..
buat sakit hati je...
hari ini ditempat keja...aku tak mampu buat sebarang keja...
aku hanya duduk di bilik komputer..menjadi permerhati saja...
aku perasa ada dikalangan staf yang tidak puasa hati dengan
ku hari ini..lantaklah...aku dah tidak boleh paksa diri....
ko nak muncung sedepa...
muncung lah tapi jangan sampai tersangkut..he..he

AddThis Social Bookmark Button


manusia 10001 ragam  

Tuesday, November 18, 2008

manusia oh manusia penuh ragam....aku buntu dengan masalah disekeliling aku ...
setahu aku tidak penah minta makan,minum dan sebagainya dekat orang lain...

malahan aku tak penah pun mengemis dan meminta simpati pada orang lain
andai aku dalam kesusahan sekali pun...insyallah dengan kudrat empat kerat
ini aku kan berusaha tanpa menagih simpati dan ehsan orang lain....
aku tidak penah menggangu kehidupan keluarga orang lain.....
dunia ku hanya pergi kerja balik kerja,pergi pasar beli barang dapur&keperluaan
jauh sekali nak kuar pergi berjalan-jalan makan angin..
bila cuti hanya duduk rumah tengok tv dan membesarkan badan
kenapa aku dan kak ku sering menjadi bahan fitnah dan
umpatan manusia yang suka mencari kesalahan dan sentiasa
beriri hati dengan aku dan kakku.....
knp?????????????????makin aku mendiam diri
makin bermacam -macam cerita aku dengar...
dulu aku sukar menerima@mempercayai pe
yang jiran sampaikan pada ku..
aku anggap manusia biasalah suka membawa mulut....
tapi Allah itu maha adil.....
malam tadi aku menolong umah jiranku
membuat majlis kenduri cukur baby...
kalau ikutkan aku malas nak pergi sebab badan kurang selesa..
tapi bila fikir balik jiran sebelah rumah tidak manis
pulak andai tidak pergi....
ku paksakan diri juga pergi membantu mana yang patut......
sedang aku membantu didapur....aku terdengar suara-suara
yang bercerita tentang diriku dan kak ku....
mak cik yang tengah sedap bercerita tentang diri ku
tidak perasaan dengan kehadiran aku...
aku hanya berdiam kan diri mendengar diri ku
menjadi topik sesi umpat mengumpat dan memfitnah ....
aku waktu itu hanya mahu tahu kesahihan
tentang pe yang ku dengari sebelum ini...
aku kehairanan kenapa soal tentang peribadiku
yang mereka sibok perkatakan....
tentang kerjaya...tentang jadoh dan masa depan aku....
suka hati akulah nak memilih ke @terpilih...
ko orang peduli pe..itu hak aku,masa depan aku dan cita rasaku
kenapa mereka mesti menyibok tentang diri ku??
kenapa nak memantau pe yang aku dan kak ku lakukan?????
kenapa nak tau mana aku pergi dan semualah tentangku
(agaknya termasuk berapa saiz pakaian dalam ku)
ku begitu hairan sesangat....
kenapa mereka tidak pantau anak mereka sendiri????
yang bergitu liar keluar rumah tidak kira waktu&berkepit dengan lelaki
ada dikalangan anak mereka yang mengandung luar nikah,
kena tangkap khalawat dan banyak lagi...
tidak bising pun pandai pulak diam seribu bahasa...
selesai majlis aku membantu mengemas mana yang patut
sebelum balik sempat aku hadiahkan senyuman paling manis kepada mak cik itu
ku ucapkan terima kasih sebab menjaga dan memantau aku...
lepas ini ku sematkan dalam hati supaya lebih berhati-hati
dalam tingkah laku dan apa jua...tapi aku tau pe yang ku buat selama ini
biarlah pe orang nak kata pasal aku...
kini yang mampu ku lakukan hanya berdoa pada ALLAh s.w.t

AddThis Social Bookmark Button


"bos kecik'  

Monday, November 17, 2008

Lama rasanye tidak menulis...ahhh rindu betul tp kekangan masa
uat aku terpaksa melupakan seketika...
tapi ari ne aku nk berdating dengan blogku buat seketika sebelum menyambung keja...
hari ini aku masuk keja dalam pukul 8.30 pagi...perancang kerja yang pe yang ingin ku lakukan sudah terlakar di minda....sebelum memulakan ape 2 tugas rutin harian mesti membaca surat khabar..sedang asyik membaca gosip dunia artis....'bos kecik ' telefon...
alahai kacau daun betul lah..dengan salam tidak berjawab dengan nada yang keras dia menyuruh aku pergi ke perpustakaan daerah dalam masa segera....
menurutnya ada perkara mustahak yang nak dibincangkan...
aduhhh gawat betul...aku pun bagitahu permasalah aku...
(x ada kenderaan nak pergi sana dalam keadaan segera) dengan ego dia cakap itu bukan masalah dia...kasar betul bahasanya tp aku sedar aku hanya pekerja bawahannya
tp dia silap aku juga manusia yang mempunyai perasaan....
lastnya aku buat tidak tau je...dia telefon semula memberitahu
dia nak maklumat yang dia pesan suruh cari...
alamak aku tidak cari satu pe pun maklumat lagi...
aku ingat aktiviti yang dia nak jalankan itu tidak menjadi sebab tiada
menampakkan tanda-tanda aktiviti itu berjalan..
aku inagt aktiviti dia hanya projek' gajah putih "je..he...he...
pe lagi macam lipas kudunglah aku mencari
sedikit maklumat sambil menanti member
yang juga kebetulan nak pergi sungai besar...
semua maklumat aku copet dalam internet...
(aku terpaksa kau memaksa aku buat bergitu...he..he..)
sampai sana ku serahkan semua maklumat yang dia minta...
komennya banyak betul....aku hanya menganguk saje...
malas nak komen pe2..yang aku hairan orang lain yang menyanggupi
nak buat semua tapi satu habuk pun tak ada"cakap tidak serupa bikin lah"
last-last aku yang terkena......sabor je lah.....

AddThis Social Bookmark Button


"Jiwa KU'  

Friday, November 7, 2008

" JIWA oh JIWA"


Petang yang damai ini....angin bertiup sepoi-sepoi bahasa....
aahhhh menyamankan jiwa zahir ku
tapi tiupan angin tidak mampu
menyamankan gelora yang melanda sanubari ku.....
seronoknya andai tiupan sang angin mampu menyejukkan
pe yang yang bergelora di hati ku dan fikiran ku....
andai alam maya di sekeliling ku mampu berbicara pasti aku
akan luahkan beban masalah yang melanda diri ini....
Perasaan diri ku ini bermain seribu satu perasaan
yang aku sendiri tidak pasti......aaaaahhhhhh bosannya
kini perasaan bercampur aduk,ada kalanya


sedih




gembira




tertekan




gelisah


menyampah



bosan



geram


Ya Allah sampai bila perasaan ini
akan melanda diriku ini
jiwa ku sekarang ini seolah-olah
macam layang-layang putus tali.....
pe yang ku lakukan serba tidak kena........
kini yang mampu ku lakukan memohon pada ILLAHI
hanya pada Allah yang mampu
mengubah segalanya...
ku berdoa agar perasaan ini
tidak terus membelenggu jiwa batinku......
kini aku hanya ini ketenangan dan kedamaian jiwa
untuk meneruskan kehidupan
di hari yang mendatang......




AddThis Social Bookmark Button


Perbezaan PEREMPUAN dan MUSLIMAH  

Thursday, November 6, 2008




peREmpUAn
Pabila ia teruna memerhatikan dikau
kau membalas renungan matanya
Pabila teruna mendekati selangkah
Kau datang berpuluh langkah
Pabila teruna memujuk rayu
Kau lemah dalam pangkuannya
Pabila teruna memberi harapan
Kau hanyut dalam angan langkah.....


MUslIMah

Pabila teruna memandang dikau
Kau tunduk mengelak panahan syaitan
Pabila teruna mendekati selangkah
Kau berundur beribu langkah
Pabila teruna memujuk rayu
Kau anggap itulah kalimah iblis @syaitan
Pabila teruna menutur harapan indah
Kau yakin janjiNya lebih bahagia disana
Kerana kau mengerti dan menyedari
Akan erti maruah peribadi sejati
Yang tidak semudah itu....


* :D sekadar renungan bersama

AddThis Social Bookmark Button


TAngISan SeORG IsTEri.....  

Tuesday, November 4, 2008


Malam ne aku dah merancang hendak makan dimuara Hj Dorani...
ada orang nak belanja (makan free jangan lepaskan peluang wooow)
kesian dengan sepupu ku merengek-rengek nak ajak aku pergi muara..
iutkan hati dan badan letih malas banget...
aku pergi lepas solat isyak...
sampai di restoren muara pengunjung tidak begitu ramai..
aku mencari tempat duduk sebelah laut nak menikmat udara laut..
kami memesan makanan..sambil menunggu makan dihidangkan kami berbual pelbagai topik...tiba-tiba mata ku menangkap bayang sesusuk tubuh wanita yang aku penah kulihat dan kenali tapi bezanya wanita ne bertudung..wajah dan gerak gerinya persis kawan karib ku wawa...nak ku tegur takut tersalah orang...untuk menyedapkan hati aah ne mungkin pelanduk dua serupa...tiba-tiba bahu ku ditepuk oleh sesorang..pe lagi terkejut beruk lah juga...tap masih boleh kontrol ayu lagi...rupanya wanita yang kulihat tadi ..memang Wawa sahabat ku...kami berpelukan...tapi kulihat susuk tubuh badan wawa susut dan wajahnya cengkung...kini dia sudah memiliki seorang anak lelaki yang comel dan sedang menunggu hari untuk anak yang kedua..(bestnya ada anak sendiri )aku mempelawa duduk..rasanya masih tak puas lagi nak bercerita.......
kami bertukar cerita...dengan mulut yang tak sempat nak "brek"aku bertanya kepadanya kenapa tubuh badannye terlalu kurus dan macam tidak terurus....
dia cakap penat....mungkin kot penat uruskan hal rumah tangga,kerja dan suami...
"Suami' aku teringat mana suami dari tadi tidak kelihatan dulu masa baru
kahwen macam belangkas...he..he...dengan berani aku tanya mana suaminya..
wawa terdiam...(suaminya dulu kawan karib ku juga) anaknya Afiq dengan nada pelat...
"papa jahat..papa suka pukul mama"mulut ku terlopong mendengarnya..
macam tidak percaya pe yang ku dengari...
ku sangka kisah macam ini hanya berlaku dalam drama je..
dekat luar tidak adalah kisah macam ne berlaku....kulihat wawa menundukkan muka kelihat linangan air mata menitis dipipinya...ku pegang tangan wawa
"pe sebenarnya yang berlaku??
betul ke pe yang ku dengar tadi??kenapa jadi macam ini??
Ya Allah pe sebenarnya yang berlaku
tangisan wawa makin menjadi-jadi..ku cuba pujuk wawa...takut pengunjung lain dengar tak jadi pulak makan mereka..terus tengok drama swasta pulak...dah tentu pelakonnya aku....
dalam sendu senda wawa menceritakan krisis rumahtangga yang di alami.sikap suami yang panas baran dan mengabaikan tanggung jawab pada keluarga..(anak dan isteri)....betul ke macam tidak percaya..sebab setahu dan sepanjang aku berkawan dengan suaminya..dia lelaki yang penyayang,hormat perempuan dan orang gelar mat senyum...tapi mungkin masa dan keadaan mengubah sikap sesorang...yang tahu perangai sebenar hanya mereka yang tinggal serumah dan hidup bersama....Ya Allah kenapa manusia hari ini menanggap perkahwinan hanya suka-suka bukan kerana tanggungjawab...amanah yang diberikan tidak dilaksanakan sebaik mungkin....kenapa membuat perangai bila sudah ada anak??andai mahligai yang dibina hancur berkecai bagaimana nasib si anak????aku teringat kata seorang sahabat yang
ku anggap kak "lelaki beriman hampir pupus"
aku jadi takut untuk kawen..bila ku lihat sekeliling aku penuh dengan masalah rumah tangga
dan masalah berkaitan dengan lelaki....takuuuuuuuutnye
menurut wawa suaminya tengah angau dengan kawan opisnya....
alahai lelaki pe lagi yang kau cari dan kau mahu???????
akhirnya aku menasihati wawa supaya bersabar dan banyakkan berdoa.....
nak nasihat lebih aku pun belum kawen lagi...
takut terlalu over pulak nanti...akhirnya tangisan wawa reda......
makanan yang ku pesan pun sampai....kami menjamu selera........


"Ya Allah berikan lah sahabat ku sinar kebahagian dan tabah menghadapi dugaan hidup ini"

"lahirkanlah kesabaran macam siti sarah......amin"

AddThis Social Bookmark Button


kali ini dan selama-lamanye.........  

Monday, November 3, 2008

Aku bagun kali ini bagun dari kekecewaan dan kegagalan
untuk memgejar sesuatu yang dulu aku idam-idamkan.
kerjayaan dan kehidupan yang lebih sempurna..
tiba-tiba tanpa diundang Dia datang dalam kehidupan aku lagi,
dia adalah kekasih aku yang dulu, yang pernah aku sayang,
aku cintai dan juga pernah membuat aku kecewa dan sakit hati.
Dia mencuba menyakinkan aku untuk menerima cintanya lagi.
Wah….capek banget kalau harus terima dia lagi,
sudah cukup hati ini disakiti.
Ma’afkan aku ya…kekasihku, mungkin dulu aku pernah sayang banget pada kamu,
tapi hati ini sudah terlanjur kamu menyakitinya, dia tidak mau lagi terima kamu,
dia takut kecewa lagi, meski sejuta rayuan,
seribu janji dan serumpun impian kau hadirkan.
Cukup sudah.kau pergilah dan ikutilh jalan yang kau pilih dulu…

AddThis Social Bookmark Button


MaMpUkAh Aku MeNjAdI MuslImAAh HarAPan  

Thursday, October 30, 2008

Muslimah Harapan
Persismu permata berlian menjadi rebutan
pejuang keutuhan yang tersimpan di balik tabir yang tenang
Keayuan yang terpancar disinar cahaya iman
itulah muslimah harapan muslimah harapan...
Gerak langkahnya yang sopan
disulam zikir di ingatan keyakinan yang mendalam menjadi tangan perjuangan
Jasad hayatnya diserahkan
untuk sebuah perjuangan
itulah muslimah haraapan
Muslimah puteri harapan
dikaulah harapan membela
Islam yang mulia muslimah puteri harapan
dikaulah cahaya menjadi lambang
Islam yang gemilang...
Puteri harapan serikandi Islam
tetaplah kau dalam perjuangan
menjadi sayap kiri di medan
meneguhkan benteng pertahanan Islam
Gamitan leka duniawi tersungkur jauh di hatimu
kau sematkan kecintaan
yang mendalam terhadap Tuhanmu...
jaga untuk suami tersayang
kau didik generasi mendatang
untuk agama tercinta.....

AddThis Social Bookmark Button


MukA seposen......  

Wednesday, October 29, 2008

Hari ini aku pergi kerja dengan azam baru..dihati dan didalam sanubari
dah tersemat cikit kata-kata pengarah baru...kena mulakan sifat 3 M dalam diri...
tetapi terdetik dihati kecil ku.. Ya Allah Engkau telah turunkan limpah nikmat
dan rezeki kepada ku...tapi ada kala aku menjadi manusia yang lalai...
aku adalah antara insan yang paling bertuah....
diberi kepercayaan oleh pengarah dan pihak terbabit
untuk aku memberi perkhidmatan pada masyarakat....
sepatatunya kepercayaan dan amanah yang diberikan ku galas dan laksanakan sebaik mungkin...nak kata 100% tak mampu sebab aku manusia biasa
yang tidak lari dari sifat penyakit M(semua orang ada penyakit itu..he...he...)
insyallah aku akan ku laksanakan sehabis baik(woooow azam baru)
sampai ofis aku seperti biasa membaca surat khabar nak tau
perkembangan terkini dan sensasi..selesai membaca surat khbar
baru aku perasaan suasana opis senyap macam malaikat lalu..
wah aku kehairanan selalu ada suara-suara yang memberi
pandangan@komen kalau sesuatu berita disurat khabar...
kulihat riak wajah rakan-rakan ku...
masam dan tidak banyak bercakap....
dalam hati ku dah syak ne mungkin kes semalam ne...
(semalam ada jamuan di HQ semua staf hadir)masa dah nak balik diperkarangan kawasan letak kereta di HQ kereta kawan sekerja ku dicalarkan oleh manusia
yang tiada sifat kesabaran.... berlaku sedikit kekecohan tetapi sekejap je...
keadaan kembali pada normal...
aku ternampak kawan ku lagi sorang.... sebelum dia masuk kereta dengan nada
bergurau ku katakan pada member lagi sorang...
"oooh naik kereta besar dan baru patutlah tak nak cakap...
esok keta pulaukan dia"aku hanya bergurau je..
tiba-tiba dia tarik muka seposen
(lantak lah kome...)rupanya gurauan ku masih tersimpan
didalam hati dan sanubarinya...
hari ini dia mogok dan sebotaj dekat aku...




:d kesabaran setiap insan ada batasan

AddThis Social Bookmark Button


Sejadah Keimanan  

Saturday, October 25, 2008








Dalam kita melangkah
terkandang kala diuji...
dengan ujian yang teramat berat
hingga kita terduduk menangis......
peritnya terasa tapi ketahuilah dan renungilah
kedalam diri kerana mungkin
airmata tika itu
hadir kerana dia mahu kita
menjahit kembali sejadah iman
yang kian koyak........
lantaran ada langkah-langkah
yang tersasar dari keikhlasan dan
semoga kita tabah dan ditetapkan iman





AddThis Social Bookmark Button


tIAdA kEpAsTiAn.......  

Friday, October 24, 2008



"Ya Allah Bantulah Hamba Mu Yang Lemah Ini"
"Murahkan Rezeki Hamba Mu Ini"


Selesai aku solat maghrib.....aku seperti biasa menonton berita
"Bulatin utama" bukan pe hanya untuk
mendapat pengetahuan dan mengikuti perkembangan
yang berlaku luar dan dalam negara....
tapi bab politik aku kulir(malas) nak mendengar balik-balik perkara yang sama je..
orang ne tuduh orang itu..orang itu tuduh orang ne..
(lantak lah koma..he..he...)
sambil menonton berita sambil itu juga mulut ku tidak
berhenti menguyah makanan....
tiba-tiba mulut ku terhenti menguyah dan telinga ku menangkap
tajuk berita yang dibaca oleh penyampai berita...
Ya Allah betul ke pe yang ku dengar@aku tersalah dengar...
bila ku baca tajuk berita yang dipaparkan...
"KAKI TANGAN AWAM YANG BERJAWATAN KONTRAK
AKAN DITAMATKAN PERKHIDMATAN"
Ya Allah aku terkejut dan tergamam mendengarnya....
serta merta aku terbayang wajah-wajah rakan sejawatan@kerja
dengan ku yang masih berjawatan kontrak....
"terdetik dihatiku bagaimana perasaan mereka andai mereka
mendengar berita ini".....pasti mereka kecewa dan gelisah...
andai betul pihak terbabit mengotakan pe yang diperkatakan....
50 ribu orang akan kehilangan mata pencarian(sumber rezeki)......
terdetik dihati ku adakah ini merupakan penganiayaan @kezaliman
yang dilakukan secara terhormat,pada pihak yang lemah???????????
tapi masih ada kelegaan ada pihak yang terbabit sedaya upaya akan memperjuangkan hak perkerja yang berjawatan kontrak dan menghalang dari pihak terbabit
dari merealisasikan pe yang diperkatakan...
tapi keputusan dan kesahihan berita tersebut belum diputuskan lagi...
Ya Allah aku bersyukur teramat sangt kerana memperolehi jawatan tetap ...
sekurang-kuarang terselamat dari permasalahan ini ......

AddThis Social Bookmark Button


Masa vs KElalaiAAn Ku........  

Thursday, October 23, 2008

Subuhnya : di mana aku berada
masih enak dalam kelambu
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru terlupa
aku semakin di hujung waktu
siapa aku di depan Tuhanku?


Zohornya :aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membilang keuntungan
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku menggadaikan sebuah ketaatan
siapa aku di depan Tuhanku?


Asarnya : aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas tidak dihujung kepala
aku masih bercerita : tentang si Tuah yang setia
dan si Jebat yang derhaka
siapa aku di depan Tuhanku?


Maghribnya : aku melihat warna malam
tetapi aku masih berlegar disebalik tabirnya
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku di depan Tuhanku?


Isyaknya : kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan mengangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
bercumbu-cumbu dengan waktu
siapa aku di depan Tuhanku?


Kini : aku menjadi tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan sejadahku menjadi sepi
kerana dihujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan disembahyang dan dibawa pergi?Disini
jika di ruangku dibiarkan kosong dan sunyi
jika wajahku menjadi asing pada bintang dan mentari
bagaimana aku .. didepan Tuhanku nanti?

AddThis Social Bookmark Button


wanita dan kedudukannya................  

Wednesday, October 22, 2008

Wanita begitu tinggi kedudukannya di mata Islam.

Sabda Rasulullah S.A.W, ” Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki.”
Bila kita perhatikan, sungguh mudahkan utk wanita menjejakkan kaki ke dlm syurga....
kunci pada pintu syurga memang sudah terletak dalam genggaman setiap wanita.
Dan terletak pada seseorang wanita itu, samada untuk mengorak langkah ke hadapan dan membuka pintu berkenaan. Ataupun terus lalai dengan arus dunia,
kerana pasti gugusan kunci itu tidak akan terlepas dari genggaman. Dan akhirnya membawa kepada musnahnya kemuliaan seseorang wanita. Tapi, akan kita semua maklum. Allah itu Maha Pengampun. Dan untuk seseorang yang ikhlas akan taubat-Nya, insya-Allah akan diampunkan Allah dosanya.

This sabda actually leads to this post by a blog upon
googling about the sabda on:
Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat [rujuk pada sabda Rasullulah S.A.W di atas]. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami.

Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah pun bergantung
kepada redha suami.

Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillillah
(berjuang di jalan Allah) di kala mengandung.
Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu
akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba.

Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suaminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa.

Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus hal-hal berkaitan anak-anak akan dapat tinggal bersama Rasulullah S.A.W di Syurga kelak.

Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.

AddThis Social Bookmark Button


DoA kebahgiaan SEKELUARGA  


AddThis Social Bookmark Button


hATi iNI tERgURis.......  

Tuesday, October 21, 2008

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerna tiada siapa yang sudi membela

Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku dilaluan sepi
Kutinggalkan mereka yang kupercayai

Namun ku tahu
Ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padamu tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau maha mengetahui
Segala apa yang terbuku dihati

Ya allah tidak ku terdaya lagi
Menahan dugaan yang menimpa diri
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah ku mulai

Ya allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidak ku berhenti dipertengahan

Kini disini aku berdiri
Kersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali mentari pagi
Setelah malam ku berkalut benci

AddThis Social Bookmark Button


Akan Ku Balas Dendam....  

Monday, October 20, 2008

Ya Allah mata ku terlalu mengantok sangat..
tidak bermaya nak melakukan tugas...
rasanya nak kulelapkan mata sebarang 5 minit @lebih...
tapi takut tak pasal-pasal glomor aku masuk surat khbar sinar...
dikawasan opis aku banyak sangat
wartawan yang tak bertauliah...
semuanya GP (gila pangkat)....
akibat kekurangan tido kepala ku menjadi sakit sangt..
rasa mcm nak pecah....
malam tadi kawasan perumahan tempat tinggal ku dan kawasan yang sekutu dengannya mengalami
masalah ganguan bekalan elektrik...
mak ai lama betul 6 jam....(tersiksa betol aden)
cuaca waktu hujan tapi tidak rasa sejuk tapi panas berbahang..
mungkin dah lama tak hujan...
bila hujan turun keluarlah haba yang terperap itu...
aku tidak dapat melelapkan mata..
aku paksa jugak mata pejam tapi teling ku
terdengar nyanyian nyamuk nyaring betul...
nyamuk berdansa depan muka ku....
badan ku jadi santapan nyamuk...
mungkin darah ku rasa sedap
maklumlah darah anak dara..he..he...
badan tidak selesa kerana kepanasan...
penat bergolek macam nangka busuk
akhirnya aku tertido....kurasakan baru nak bermimpi...
emak dah panggil bangun untuk pergi kerja....
aduhai terseksanya jiwa ku...
bila ku lihat jam sudah pukul 7.30 pagi...
Ya Allah aku dah terlambat nak pergi kerja...
nasib baik opis dengan rumah hanya 5 minit je...
(nasib waktu ne tengah cuti solat)
Ya Allah hari ne ku rasa jam berputar terlalu lambat sangat...
aku nak segera balik rumah aku nak membalas dendam
kerana malam tadi tidak dapat tido lena...
pandanganku kini kelihatan bantal melambai-lambai memanggil ku
segera pulang...he...he....

AddThis Social Bookmark Button


Sinar Bahagia Pasti Kan Bersinar Jua...  

Tuesday, October 14, 2008


Air mata dan zikir menjadi penenang jiwa batin ku...dikala orang sedang lena dibuai mimpi..
mata ku tidak dapat lena...akhirnya aku mengambil kuputusan untuk mengadu kepada yang maha Esa..aku dan keluarga ku kini sedang diuji dan diduga oleh Allah s.w.t....alhamdullilah duga yang Allah berikan keatas aku dan keluarga ku itu tandanya Allah sayangkan kami..dugaan ini menjadikan aku lebih mendekat diri padaNya..fikiran ku bercelaru dan perasaan ku hiba melihat keadaan ayah yang sekarang
kesihatannya tidak berapa sihat (mungkin sakit orang tua)itu salah satu sebabnya...
ayah sekarang langsung tidak mahu menjamah makanan &minuman malahan dia kerap termenung...tubuh badannya semakin lemah dan susut..aku terpaksa menggunakan cara kekerasan kerana cara lembut untuk memujuk dia menjamah makan tidak berkesan..
aku terpaksa menjadi anak yang kurang ajar(meninggikan sedikit suara)
walhal aku sebelum ini aku tidak penah meninggikan sikit pun suara kepadanya..
dengan meninggikan sedikit suara baru dia mahu menjamah sedikit makanan..
Ya Allah ampunkan dosa ku..aku terpaksa tanpa kerelaan hatiku berbuat demikian...
niat ku hanya satu nak melihat ayah cepat sembuh dan sihat seperti dahulu..
Aku rela berkorban wang ringgit dan tenaga demi melihat
ayah kembali sihat itu harapan aku dan keluarga...
Menjelang beberapa hari lagi syawal kami sekeluarga mendapat sikit sinar kegembiraan,
apabila kak ku mendapat tawaran kerja tapi kegembiraan itu tidak bertahan lama.
ianya hanya seketika..tempat yang ditawarkan kerja kepada
kak ku mengundang bahaya kepada kak...
akhirnya kak dan abg ku mengambil keputusan pergi keputrajaya
untuk berjumpa dengan pihak berkuasa untuk memohon pertukaran kebahgian lain..
pihak berkenan memberitahu ada 2 kekosongan..
dia meminta kak berfikir dan membuat keputusan...
pada ke esokan harinya kak menelefon pihak terbabit untuk menyatakan pilihannya..
tapi pe yang berlaku sebaliknya..
kak diberitahu tiada lagi kekosongan,kak di minta melaporkan diri ditempat asal dia ditawarkan kerja...Ya Allah tidak sampai 48 jam berlaku penipuan...
pe semua ini....permainan pe ini...
kepada pihat terbabit terima kasih diatas sandiwara penipuan semua ini..
kau permainankan perasaan orang yang kau telah berikan harapan
dan yang mengharap pertolongan dari mu...
Ku pujuk kak ini mengkin ada hikmahnya..sabarlah dan banyak kan berdoa...
Sebaik awan berarak mendung berlalu....Ya Allah sekali lagi aku difitnah oleh manusia yang hati busuk hanya bertopengkan manusia...setahu aku aku tidak penah menyakitkan hati dia,keluarga nya mahu pun orang lain...susah senang aku yang tanggung sendiri....
"biarlah pe orang nak cakap dan buat keatas diriku...
ku percaya nnti disuatu saat dan masa sinar kebenaran akan muncul
juga hanya cepat atau lambat jer...:D
Aku sesekali tidak akan melatah @melenting dengan fitnah yang ditabur keatas diri ku...
aku lebih kenal siapa diriku ini dari dia mahupun orang lain...
kepada mak terima kasih kerana mempercayai anakmu ini dan mak adalah sumber kekuatan aku untuk menghadapi dugaan dan pancaroba dunai hari ini..aku tetap akan mengukir senyuman walaupun ianya terlalu pahit&pedih bak belati menghiris kalbu...


"Ya Allah Tabahkan Hatiku Setabah Hati Siti Sarah"

"Ya Allah Jadikan lh Aku Anak Yang Taat dan Soleha seperti Siti Fatimah...Amin

AddThis Social Bookmark Button


TaNgiSaN DaLaM KeDuKaaN...........  

Saturday, October 11, 2008


"Berusahalah untuk menjadi teman yang setia....
kita tetap bersama walaupun dalam keadaan yang susah"
Pabila madahku datang mengetuk pintu hatimu
Pabila bayu mengusap kerinduan di dadaku
Kau bisikkan cinta di dedaun hatiku
Saat kau meraih kasih di lubuk sanubariku
Bukanku yang pertama mencuri cintamu
Kau kutemu dalam bayangan mataku.........
Di waktu aku meniti usia mudaku
Sedangku belum mengerti apa itu rindu
Dalam meraba hari esokku
Suara sayumu hilang dengan begitu
Sang bayu bertiup lembut di wajahmu
Di jendela hatiku terpahat sebuah memori syahdu
Sekalipun badai mengamuk pantai membisu
Sekalipun dedaun gugur terkulai layu
Hatiku akan tetap merinduimu...
Kerana kaulah insan yang pertama
yang merampas dan bertakhta dihatiku
Airmata setenang benar di raut wajahku
Kehibaan yang tidak di undang datang mendayu
Namunku tahu ini semua bukan permintaanmu
Perpisahan ini ku rela walau pilu rasa hatiku

AddThis Social Bookmark Button


Bila Hilangnya Sebuah Harga Diri  


Harga diri manusia adalah maruahnya
Pada maruahlah keindahan seseorang itu
Maruah tidak boleh dijualbeli
Kerana itu jagalah maruah diri
Jangan cemarkan maruah diri
Hilang kepercayaan seluruh manusia
Allah dan Rasul juga memandang
tinggi maruah manusia
Jika di dalam kehidupan seseorang itu
sudah dapat dilihat cacat-celanya
Seperti pembohong, penzina, bergaul bebas
dengan betina, mungkir janji, khianat,
rosak akhlaknya, menzalimi, penipu,
mementingkan diri jadi budaya,
harga diri sudah tiada
Hilanglah kepercayaan manusia
Diwaktu ini ilmu yang tinggi tidak dapat menebusnya
Wang ringgit tidak dapat memulihkannya
Pangkat dan darjat begitu juga
Sekalipun bertaubat
Jagalah harga diri
jangan sampai tercemar
Jika berlaku musnah dan punah harga diri
Nama baik tercemar
Menderitalah sepanjang hidup seseorang


"Berpasangan dan cinta adalah naluri dan nafsu, otak yang
mengawalnya. Jika biarkan cinta menguasai diri hingga merosakkan hidup, nescaya diburu kekesalan sepanjang hayatnya"

AddThis Social Bookmark Button


Kenangan Hari Raya....  

Friday, October 10, 2008

member-member ku (kalian tetap di ingatan ku......)


Senyuman 3 dara yang mengancam....


* SeMoGa KaLiAn BerJaYa DuNiA dan AkHiRaT.....

*KePaDa Bob Dan ChE Dan AkU TiTiPkAn DoA KaN SeMoGa HuBuNgAn KaLiAn HiNgGa KeJiNjAnG PeLaMiN & KeAkHiR HaYaT.......

*YaNg MaSiH SoLo CePat2 CaRi PaSaNgaN..

AddThis Social Bookmark Button


Besar kesilapan ku....besar lagi kesalahan mu.....  

Cuaca pagi ne cerah sinaran mentari memancarkan cahaya....mood aku pagi ini seceria sang mentari tapi sayang keceriaan itu tidak bertahan lama....ianya direntap dalam sekelip mata oleh sikap manusia yang hanya tahu mencari kesalahan orang lain....haa..........sebaik sahaja aku sampai di pejabat baru kaki nak melangkah masuk pintu pejabat...satu teguran yang lebih kepada menyalahkan diriku...rasanya kesalahan @kesilapan yang aku lakukan tidak sebesar mana hanya yang pasti diantara dia @ orang lain tidak akan terluka @mati..
cara tegurannya yang menengking seolah-olah aku melakukan kesalahan yang boleh mengancam nyawa dia..

Hati ku tersentuh degan teguran yang ku anggap melampau(aku bukan pekak untuk dia menengking aku)walaupun selama ini aku lebih suka ambil sikap berdiam diri@tidak mengambil kisah tetapi aku tetap manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan...adakalanya dia juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan yang lebih besar(menipu dan mencuri masa dalam ketika waktu bertugas)tapi aku hanya memerhati...diam ku selama ne bukan bererti takut..tapi bagi ku dia lebih dewasa dan berpengalaman dalam alam perkerjaan pasti dapat membezakan baik buruk sesuatu perkara..........sayang seribu kali sayang semua itu tak tercapai akalnya....


("Ya Allah tabahkan hati hambamu setabah hati Siti Sarah...Amin)

AddThis Social Bookmark Button


RakaN@kAwAn.......  

Thursday, October 9, 2008

Sesekali jadilah kawan yang mendegar

dari yang hanya bercerita
Ambillah masa untuk
memahami hati
dan perasaan kawan...
Kerana dia juga seorang manusia
Dia juga ada rasa takuti
ada rasa bimbang ,sedih dan kecewa
Dia juga ada kelemahan diri
dia juga perlukan kawan
sebagai kekuatan..
Jadilah kita kawannya itu
kita selalu melihat dia ketawa
tetapi mungkin sebenarnya
dia tidak setabah yang kita sangka
Di sebalik senyumnya itu
mungkin banyak cerita sedih
yang ingin diluahkan
Di sebalik ketenangannya
mungkin tersimpan
seribu kekalutan
kita tidak tahu.....tetapi
jika kita jadi sahabat seperti dia
mungkin kita tahu.......

AddThis Social Bookmark Button


HaTi Ine  





Hati yang semalam
aDaLah
Hati yang menyintai
Hati yang menyayangi
Hati yang merindui..........

TeTaPi
Hati yang hari ini
AdAlAh
Hati yang tercalar
Hati yang terluka
Hati yang berdarah......

NaMuN
Hati yang esok
aDaLaH
Hati yang terubat
Hati yang sedia menempuhi
Onak dan duri ranjau kehidupan
Episod hati yang semalam.....












AddThis Social Bookmark Button


LeMbArAn HiDuP  

Wednesday, October 8, 2008

YA ALLAH.........

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah
Agung cintanya pada Allah dan Rasullah
hartanya diperjuangkan kejalan fisabilillah,
penawar hati kekasih Allah,
susah dan senang bersama......
Dapatkah ku didik jiwa batin seperti Siti Aisyah?
isteri Rasullah yang bijak,
pendorong kesusahan dan penderitaan,
tiada sukar untuk dilaksanakan.....

Mengalir air mataku mendengar
pengorbanan Siti Fatimah
akur dalam setiap perintah,taat dengan ayahnya
yang setia berjuang,tiada memiliki harta dunia
layak untuk dia sebagai wanita penghulu syurga....

Ketika aku marah dan berduka
ingin ku intip serpihan sabar dari catatan
hidup Siti Sarah.......

Ya Allah...tabahkan jiwaku
setabah umi Nabi Ismail
mengendong bayinya yang masih merah,
mencari air penghilang dahaga,
diterik padang pasir merah ditinggalkan suami
akur tanpa bantah pengharapan hanya pada Allah
itulah wanita bernama Siti Hajar...........

Mampukah aku menjadi wanita soleha?
mati dalam keunggulan iman,bersinar harum tersebar,
bagai wanginya pusara Masyitah........

AddThis Social Bookmark Button


Mengejar Ayam...Ayam Kejar Aku  

Friday, September 26, 2008


Balik dari keja aku pergi meziarahi atok
dah lama tak pergi ziarah,kampungku dengan rumah bukan jauhmana
tapi keadaan masa dan keadaan buat aku tak sempat
(he...he...kalah YB siboknya)
sampai rumah atok rupanya makcik aku dari Perak dah sampai
sebelum turun dari kereta aku siap berkata dengan kakak,
itu haa "peluru perpandu nato"dah datang (gelaran buat makcik aku)
mulut dia bila bercakap main ikut sedap rasa dia je...
kakak aku hanya senyum saje mendengar
gelaran yang aku beri pada makcik....
mak siap mengingatkan aku jangan lawan
atau cari gaduh dengan makcik.....
aku hanya mengiakan je peringatan mak....
Turun dari kerata aku terus mendapatkan atok yang sedang
memotong dan menyusun daun pandan untuk dijual..
belum masuk rumah atok aku dah kena peluru perpandu makcik...
alahai makcik oiii baru jumpa dah nak menyindir je..
kalau aku lawan tidak pasal-pasal dicop kurang ajar pulak....
aku mengambil keputusan buat tidak tahu je(buat pekak badak je)
aku meminta izin atok untuk melihat ape yang yang dilakukan
oleh sepupu dan pakcik dibelakang rumah....
suasana riuh dengan gelak tawa,terdengar pulak pakcik
menyuruh anak-anaknya kepong dan kejar jangan sampai terlepas
bila ku lihat ada adegan kejar mengejar ayam....
oh patutlah riuh dan meriah semacam je...
pakcik perasaan dengan kehadiran aku,dia mempelawa aku turut serta..
tanpa membuang masa,aku pun turut serta mereka mengejar ayam
ne pegalaman paling berharga(23 tahun hidup tak penah kejar ayam)
ayam bertempiaran tengok aku...(terkejut kot..he..he..)
makin laju aku kejar..makin laju ayam itu lari...
mulut ayam bising betul....
aku berhenti kepenatan..sedang aku nak menghampiri pangkin
tiba-tiba seekor bapak ayam datang kearah ku seolah-olah
macam nak mematuk......aku cuba melarikan diri takut
dipatuk oleh bapak ayam sebab kacau bininya...(agak-agaknya lah)
entah mana silapnya masa aku hendak lari....
kaki aku tersandung pada batu...terus terjatuh macam nangka busuk..
muka aku tersembam ke tanah...yang paling menyedihkan
muka aku penuh dengan tahi ayam...
pakcik dan sepupu aku bukan nak tolong aku
malah aku diketawakan...sakit betul hati aku tengok mereka ketawa
aku nak juga ketawa tapi buat muka selamba sebab nak cover malu
ada juga suara sumbang yang cakap ayam tak dapat
tapi tahi jadi maska..tak payah buat rawatan muka...jimat..
pasti jerawat tidak tumbuh.....sakit betul hati aku...




AddThis Social Bookmark Button


Hari Raya oh Duit Raya....  

Thursday, September 25, 2008


Hari ini dah 25 ramadhan...
waduh cepat betul masa berlalu...
"masa tak menunggu aku"sambil buat keja
aku mendengar radio buat halwa telinga
banyak lagu raya diputarkan dicorong radio.....lagu raya versi zaman moden ne tak best betul langsung tidak berkesan disanubari ku
(lagu syok sendiri) tapi lagu zaman dahulu
wah terasa betul nak raya....semangat berkobar-kobar.. sedang asyik
buat kerja lagu kegemaran aku'satu hari dihari raya" dendangan M.nasir
aku teringat zaman kanak-kanak ku.....1 hari ramadhan aku dah menangis nak beli baju dan kasut baru untuk hari raya..aku takut kalau lambat beli baju dan kasut habis alamatnya tak adalah baju dan kasut baru tidak adalah maknanye hari raya(malu dkt kawan-kawan)
(tidak kira cantik atau tidak cantik tapi semuanya cantik bagiku)kalau tak dapat baju baru merajuk tak nak makan,tapi bila mak tunjuk peha ayam goreng hilang semua rajuk..he..he..
masih aku ingat kalau mak buat kuih untuk raya,
akulah manusia paling penyibok dan gembira......
aku rasakan bau biskut yang mak buat terlalu sedap dan wangi baunya
(1 batu dah berbau)..he...he...aku siap pesan pada mak kuih yang hangit
aku punya... tak siapa berani usik.....
malam menyelang hari raya..aku tak sabar
nak mendengar pengumuman raya...
bila pengumaman menyatakan esok hari raya aku terlompat-lompat
gembira...alamak teroverlah pulak (dah lah tidak puasa penuh ..he..he..)
tanpa membuang masa aku menyambung
main bunga api...terlalu seronok bermain bunga api seluar yang aku
pakai habis terbakar dan koyak akibat terkena percikan bunga api.....
malam itu teruk aku kena marah dengan ayah...

suara laungan tadbir memuji -muji kebesaran illahi kedegaran.........
dengan perasaan terlalu gembira dalam fikiran aku dapat pakai baju baru dan
cantik beraya dengan kawan(duit raya pasti banyak dapat...he..he)
selesai sesi maaf bermaafan dengan ahli keluarga..
aku dan rakan-rakan lain memulakan sesi ziarah menziarahi
matlamat utama kami nak cari duit raya....
zaman aku dulu selalu dapat duit raya 20 sen
tapi nilai sangat berharga..tidak penah bersunggut..
kalau dapat 50 sen @ rm 1 siap bagitahu kawan-kawan lain...
aku ape lagi mengambil kesempatan pergi rumah orang itu 2 kali..he...he..
(tuan rumah perasaan tapi buat-buat tak perasaan)
mentari hampir terbenam aku dan rakan-rakan menamatkan sesi ziarah untuk mencari duit raya...aku dan rakan-rakan merancang menyambung keesokan harinya....
waktu aku rasa itulah kenangan yang paling manis...aku tersenyum sendiri
mengenangkan kenakalan aku... (sekarang raya sorang-sorang,kawan-kawan yang sama matlamat dengan ku semuanya dah berkeluarga)





AddThis Social Bookmark Button


ErTi SeBuAh KeMaAfAn  

Wednesday, September 24, 2008

"Memberi kemaafan mungkin amat berat
bagi kita untuk orang yang penah
melukai hati kita
Tetapi hanya dengan memberi kemaafan
sahajalah kita akan dapat
mengubati hati yang telah terluka
kemaafan yang diberi dan dihulur secara ikhlas
tanpa syarat umpama pisau bedah
yang boleh membuang segala parut
luka emosi............."

AddThis Social Bookmark Button


KeRaNa TakdirNya  

Tuesday, September 23, 2008

Hati ku berdebar-debar...pe yang aku lakukan
serba tidak kena....fikiran aku tidak keruan......
Ya Allah kenapa dengan diriku ini??
haaaa ne mungkin mainan perasaan saja....
usai aku solat terawih....
aku terima satu panggilan telefon
yang aku sendiri tidak tau siapa pemanggilnye...
aku fikir ini mungkin abang aku
(sebab dia selalu main-mainkan aku)


aku terus memberi salam...salam ku disambut
suatu suara yang tidak begitu asing bagi diri aku
suara yang amat ku kenali dan ku rindui ...
tapi kini suara itu begitu janggal untuk aku mendengari
aku terkedu dan terdiam seketika.......
(mencari kekuatan untuk berbicara)
Ya Allah kenapa dia muncul kembali setelah
aku hampir berjaya melupakan dirinya....
dulu dia (teman tapi mesra) yang kini sudah
menjadi hak milik kaum sejenis ku....
mungkin antara aku dan dia tiada jodoh antara kami
aku pasrah tapi dalam keterpaksaan...
(biarlah itu menjadi kenangan walaupun pahit)
Dia terus bertanyakan khbar ku...
aku menjawab seperti biasa je walaupun dia penah menyakitkan hati ku
tp dia juga penah menyayangi diri ku dahulu....
tiada sekelumit dendam pun dalam diriku...
aku x tau pe nk dibualkan...dengan basi-basi
aku bertanya tentang diri dan keluarga barunya
dengan nada sebak...dia memberitahu rumah tangga yang baru dibina sedang bergolak
(aku terkedu mendegarnya tapi masih boleh buat cool)
aku hanya mendegar dan mendiamkan diri
malas aku nk campur hal rumah tangga orang lain
masalah aku pun bertimbun macam bukit..he......he......
hampir 2 jam dia meluahkan masalahnya
(panas jugak telingan aku,handphone lama sangat dekat telinga...
nasib tak terbakar..klau tak habis kejelitaan aku..he....he...)

Akhirnya tanpa ku duga dia ingin kembali ke pangkuaan ku seperti dahulu
dia sanggup menceraikan isterinya kalau itu yang aku mahu
tiada perasaan bersalah dihatinya
Ya Allah begitu mudahnya kaum adam
mempermainkan perasaan kaum hawa
di mana letaknya kesuci ikatan perkhawinan????????????
dengan perasaan yang terlalu marah dan bercampur baur
aku meninggikan suara..
(sebelum ini aku tidak penah meninggikan suara pada orang)
mengatakan dia tidak layak menjadi lelaki dan suami...
aku terus mematikan handphone.......

aku termenung seketika(hati aku disayat kepiluan)
Ya Allah ...aku bukan barang mainan yang boleh dibuang
dan dikutip kembali sesuka hati.........
aku manusia yang mempunyai perasaan dan maruah diri.........

Ya Allah berikanlah aku ketengan jiwa batinku
kebahgiaan dunia dan akhirat.........amin

AddThis Social Bookmark Button


kehadiran orang baru..................  

Monday, September 22, 2008

Hari ini aku memanjatkan kesyukuran teramat sangat pada Allah swt
pada pukul 10.30 pagi aku menerima panggilan telefon
dari abang ku menyatakan
kak ipar ku selamat melahirkan bayi lelaki,beratnya 4 kg...
(beratnya macam aku masa bayi)
tapi jangan tanya berat sekarang lari orang mendegarnya.he.....he....
tapi ada cikit kehampaan..aku ingat dapat baby perempuan...
sebelum ne semua anak buah aku lelaki..
(hampir menagis melayan telatah mereka yang lasak sangat)
tapi tak pelah bukan rezeki nak dapat baby perempuan
mungkin lepas ne dapat yang perempuan pulak....
ku pujuk hati sendiri....nak orang tersayang pujuk tidak jumpa lg..he...he...
aku teramat bersyukur sangat baby dan kak ipar ku selamat dan sihat
bila ku lihat wajahnya putih dan bersih
agak ne yang sering orang perkatakan muka yang tak penah buat dosa
pipinya begitu tembam dan dagunya berlapis macam pipi mak usunya..
tapi rasanya pipi mak usunya lagi tembam kot...
kalau baby tembam orang geram dan suka....
tapi bila dah dewasa orang lari tegok pipi yang tembam itu he.....he.......
kepada semua anak buah yang sangat cerdik dan bijak walaupun nakal
mak usu sentiasa mendoakan kalian menjadi manusia berguna , memperolehi kebahgian dunia dan akhirat dan menjadi manusia yang berguna....amin

AddThis Social Bookmark Button


Tiada lagi duka...........  

Thursday, September 18, 2008


Aku tidak tahu dimana harus ku mulakan mencoret....
aahhhhhhhh inikah dinamakan pancaroba kehidupan
yang amat memeritkan seringkali menghiris kalbu dan sanubari.....
Baru ku sedar angan dalam sedar
(tak tahu betul atau terbalik)
umur bukanlah ukuran tahap kematangan fikiran seseorang dalam
berfikir,tingkah laku,tuturkata dan berkaitan dengannya....
dulu aku beranggapan umur yang makin dewasa makin tinggilah
tahap IQ nya(fikiran masa budak-budak hingusan lagi)


Kala aku duduk bersendirian sering kali aku terfikir
keadaan manusia di sekeliling aku yang seribu satu ragam
membuat aku terfikir ingin mencari dan merungkai segala persoalan
yang sering bermain diminda dan naluri ku.......


Kenapa manusia hari ini sering bersikap HIPOKRIT.....
ingin dipuji dan disanjung apabila membuat kebaikan
andai tiada kata-kata pujian yang dititipkan
pasti kata-kata nista kedengaran di pelusuk alam.....
(dah tinggi diri lah...sombong betul dan semaksud dengan nye...he...he...)


Tutur katanya yang manis macam ibu gula(agaknya lebih manis dari itu kot)
dan kepetahan berkata-kata (macam bertih jagung)
bunyinya (macam tin kosong) mampu membuat manusia sekelilingnya tergoda,terpesona dan terpegunnn.........he.....he....he...
keistimewaan tika berbicara mampu membuat dunia bergolak,bermusuhan dan bumi tidak berpusing di paksinya tergelincir cikit.....
Keseronokan ketika berbicara memburuk-buruk manusia lain
demi kepuasan diri
(aku jugak salah satu magsanya tetapi aku tetap bersabar)
aku tidak mengerti kenapa dia begitu membenci diri aku.......
makin aku mendiamkan diri bukan bererti takut..
sikapnya makin mencabar keimanan dan kesabaran jiwa batin ku
setahu aku tak penah nak menyimpan
perasaan dendam dan benci padanya...
teman-teman sering menasihati supaya bersabar,tunggu dan lihat....
tapi sampai bila????????????
(insyaallah aku kan terus bersabar selagi termampu)


Ya Allah
Ku bermohon pertunjuk kebenaran dan kurniakan kesabaran dan ketaqwaan dalam diriku ne
lindungi diri ku dari berperangsangka buruk...
sesungguhnya yang buruk datang nya dari di diri ne
yang baik datang nya dari Allah swt....



AddThis Social Bookmark Button


 

Design by Amanda @ Blogger Buster