Cahaya SANG bintang  

Thursday, January 29, 2009


Malam ne begitu damai sekali kurasakan sudah terlalu
rasa lama aku tidak menikmati kedamaian seperti malam ne.....
hati ku mendesak untuk melihat cahaya bintang bergemelapan
bertaburan didada langit..
aku mendongak ke dada langit seronoknya.....
andai aku dapat mengapai bintang dilangit@menjadi bintang
pasti seronok tak terkatakan
tapi mustahilkan pelah aku ini angan 2 mat nenin betul he...he.....
aku dapat rasakan dengan melihat cahaya sang bintang
didada langit aku mendapat kepuasan,kedamaian dan dapat
melupakan sedikit masalah yang tidak pernah abis2....
(manusia selagi bernyawa takkan lari dari masalah......)
melihat bintang aku teringat kenangan aku di waktu alam remaja,
dulu masa aku remaja memiliki badan yang montel samapi lah sekarang montel
semua orang tidak sudi berkawan dengan ku,
aku sering menjadi bahan sindiran kawan- kawan
"sukan sukmo dah nak di adakan..dah daftar belum untuk acara sumo...."
lepas kena sindir balik masti menangis...
tapi aku ada seorang teman yang paling rapat dengan ku..
kami macam belangkas..dimana ada aku pasti dia pun ada sama...
dia selalu memujuk aku kalau aku diejek..dia lah teman suka duka ku..
erti kata lain kami sering berkongsi semua benda
termasuk lah kongsi bantal...he..he..
(zmn 2 mana tau malu makin dilarang makin galak membuatnya)
pada suatu malam dia datang kerumah ku
mempelawa aku melihat cahaya bintang dilangit bersamanya..
dia siap berpesan pada ku malam ne dia tidak mahu bersembang dengan ku
tetapi ingin aku menemani dia melihat bintang di dada langit....
masih ku ingat kata-katanya sambil menikmati cahaya bintang...
"dayah cuba pejam mata dan dalam hati dayah sebut apa impian dayah"
kami melakukan pe yang dia cadangkan tadi...bila ku tanya pe impian dia tadi..
dia hanya tersenyum saja..tapi kurasa senyum dia malam itu terlalu manis sangat...
kami menyambung melihat cahaya bintang sedang keseronokan melihat cahaya bintang...
aku masih ingat kata-katanya hingga saat kini..
"andai dayah rindu farhan..dayah tengok bintang pasti rindu dayah akan terubat
" aku hanya ketawa kerana ku sangka itu hanya lawak@ gurauan yang dia
buat dia memang pelawak antarabangsa punya orang..
tapi takdir tuhan sape yang menduga...selepas solat subuh....
aku mendapat berita yang dia pergi untuk selama-lamanye...
dia dan bapanya kemalangan dilanggar oleh kereta
waktu balik dari mengerjakan solat subuh di masjid...
aku kehilangan sesuat yang amat berharga...
aku terpaksa meredhakan pemergianya menemui penciptaNya...
aku doakan semoga rohnya ditempatkan
dikalangan orang yang beriman...amin

AddThis Social Bookmark Button


MaNuSia MuDaH Lupa.....  

Wednesday, January 28, 2009

Minggu lepas "bos kecik" datang ofis aku..

dia datang nak ambil report akhir tahun.....
aku ingat dia datang kejap je rupanya lama juga....
layan jelah dah bos datang...
dia bersembang banyak perkara dari hal berkaitan keja
sampai hal nak suruh aku jadi orang tengahmasukmeminang..he....he...
sambil bergurau dengannya aku cakap aku belom tamat
belaja berpantun untuk meminang anak dara orang....
sedang seronok bersembang satu topik
yang menjadi tanda tanya dalam diri aku...
waktu itu perasaan aku bercampur baur antara
sedih,geram,benci dan sebagainya..
betul ke pe yang member aku cakap ne????
aku macam kurang percaya sebab dari aku
dengar dari member lain,ceritanya lain....
adakah dia juga macam aku menjadi mangsa
permainan manusia yang suka aurtar...
tapi aku sedih dengar dia menjadi
bahan kutukan yang teramat hebat
dari orang yang penah dia tolong
untuk memudahkan urusan
yang sukar menjadi mudah...
ini kebalasan yang dia patut terima
diatas pertolongan yang dihulurkan????????
tiada perasaan bersalah ke didalam sanubarinya....
aku ingat dia dah stop rupa belom lagi..
masih ada lagi kisah yang menarik untuk
santapan haluwa " bos kecik"
andai cerita ini sampai di telinga orang tertentu
pasti berlakunya" perang besar"
kalah perang di GAZA..he...he...
aku rasa lebih molek orang tertentu tau
dari mulut orang lain bukan dari mulut ku......

"senjata kesabaran mukmin adalah kesabaran"

AddThis Social Bookmark Button


sering disAlah ertikan  

Monday, January 19, 2009





'AKU SERING DI SLAH ERTIKAN"

aku x tahu nak mulakan coretan ini dari mana,sama ada dari a@z....
hari,umur,dan tahun makin meningkat dan berubah tapi sifat dan sikap
tetap jg tidak berubah walupun seinci....
aku sering mengingatkan diri ini agar jangan lalai dan kealpaan keseronokan
sandiwara dunia ini....aku rasakan sudah tiba masanya aku mengubah diri ku dari hujung rambut ke hujung kaki dari segi fizikal mahupun dari segi jiwa batin ku....
memang tidak ku nafikan bukan senang untuk mengubah
sifat dan sikap dalam diri kita....ianya memakan masa
"hendak seribu daya tak nak seribu dalih" itu ungkapan yang sering aku dengar....
aahhhhh aku akan membuat perubahan dari yang kecil dulu
alhamdulilah semuanya hampir berjaya...
tapi perubahan aku disalah ertikan oleh mereka
yang sememangnya mencari kesalahan ku....
aku sering disindir,direntap-rentap dan di umpat
tapi aku mengambil keputusan mendiamkan diri
dan hanya melihat sahaja tanpa pelu berbicara... itu lebih baik
andai aku berbicara pasti ceritanya lebih menarik
dengan penambahan yang boleh menimbulkan salah faham...
tapi kebisuan ku telah menyebabkan aku di tindas semau-maunya,
aku diperlekeh-lekahkan dan paling menyedihkan aku difitnah tak habis -habis dari satu perkara-ke satu perkara...tapi aku hanya berdiam diri dan mengadu ke padaNya..ku rasa hanya padaNya aku beroleh kekuatan dan ketengan yang ku cari selama ini....
ku pasti s........ yang bertopengkan manusia itu pasti
akan mendapat habuaannya lambat @cepat tidak pasti lah
terima kasih juga kerana kau dengan bangga mengetawakan kan diri ku.....

AddThis Social Bookmark Button


2008 banyak pahit dari manis  

Friday, January 2, 2009




SELAMAT TAHUN BARU 2009


Salam selamat tahun baru....rasanye dah lama aku tidak menulis dekat blog ne...
rindu sangat tapi buat masa ne aku banyak masalah dan disamping kekangan masa...
yang bergerak pantas atau aku yang terlalai seketika dengan duniawi....
hari ne dah 5hb dalam tahun 2009.cepatnya masa berlalu.....
penutup tahun 2008 aku dilanda masalah luar dugaan ku...ofis aku di pecah masuk..
.aku masih terkejut dan tergamam pe yang berlaku...
entahlah aku x pasti kecuriaan itu berlaku atas sebab kelalaian
@ dah ditakdirkan..
tapi pe yang berlaku bagi sesetengah pihak hanya perkara biasa je....
aku nk cakap banyak pun tidak boleh..
aku hanya orang kecil tapi bertubuh besar...
jadi aku mengambil keputusan uat pe yang patut,tunggu dan lihat...
walupun kejadian kecurian dah berlaku tapi
sikap sesorang yang suka ambil lewa maksud lainnya 'syok sendiri"
menganggap kejadian itu hanya mainan saje...
berkali-kali aku menengur dia supaya ambil langkah keselamatan...
tapi teguran ku seolah-olah macam mencurah air di daun keladi..
.dia masih dengan dunia "syok sendirinya"...
sekarang aku mengambil keputusan lebih baik
mendiamkan diri ambik sikap tunggu dan lihat sahaja...
itu lebih bagus....he.....he.....


AddThis Social Bookmark Button


 

Design by Amanda @ Blogger Buster