kecantikan seorang wanita  

Saturday, February 28, 2009



1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya,
sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.....

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka
dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan

menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan
berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus

diwaspadai adalah mata kaum wanita

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik
ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami,dan
apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya,
tetapi dia tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan
dengan kemuliaan akhlak dan perilaku

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah kahwin,
ia hafal seluruh pertanyaan.

12.. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya,
maka dia telah menjual kemerdekaannya

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita,
lelaki bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan
peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis
apabila ia menginginkan sesuatu

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan
suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci,
dan tidak mengenal pertengahannya

18. Wanita selalu tergolong manusia halus
dan lembut sampai saat dia berkahwin

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa
didampingi oleh isteri yang mulia

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta,
sementara lelaki mencintai untuk hidup bahagia

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya
setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan
pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum
lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan
bagi wanita adalah lidahnya

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai
sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan.
Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan.
Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan
mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang
ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan
wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.
30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami
meringankan setengah beban kehidupan suaminya

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara
lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.

AddThis Social Bookmark Button


KeSEDIHan Ku  

Monday, February 23, 2009


Engkau tahu kesedihanku
Sebab dosa-dosaku yang telah aku lakukan
Kadangkala jiwaku tak tenang
Tapi mereka tidak tahu
Aku menyembunyikannya dari mereka
Kalau mereka tahu mereka akan ikut derita
Biarlah aku tanggung sendiri
Di hadapan mereka mukaku tetap ceria
Seolah-olah tidak ada apa-apa
Seolah-olah jiwaku tidak terganggu
Mereka menyangka akulah orang yang paling bahagia
Mataku jarang menangis
Hatiku menangis selalu
Aku selalu sahaja ingat mati
Bagaimana kesudahannya aku tidak tahu
Apakah aku akan selamat menempuh ujian itu
Apabila kukenang-kenangkan ibadahku
Tidak sebanyak para sahabat
Apakah yang menjamin aku selamat
Apabila mengingat rahmat
Tuhan yang luas sekali
Jiwaku yang menggelora reda sedikit
Aku mengharap kepada Tuhan
Jiwaku dengan segala dosaku
Jadikanlah syafaat buatku di akhirat
Itulah bekalanku menemuiMu
Namun memanglah ibadahku
tak sampai ke mana Ya Tuhan,
Terimalah ibadahku yang tidak sepertinya ini,
Ia serba kekurangan
Banyak cacat celanya
Tapi apakan daya
Ini yang aku mampu mempersembahkannya
Sudah kucoba dengan sepenuh hati
Tapi masih tidak mampu juga dengan sempurna
Aku harap dengan rahmatMu terima jugalah
Atau dengan kekurangannya terimalah
Walaupun tidak sempurna ibadahku
Aku tetap tidak jemu
Aku tetap teruskan sekalipun tidak meningkat
Aku tetap istiqamahKasihanilah aku wahai Tuhan
Hamba yang lemah ini
KeampunanMu yang aku harapkan
Kalau engkau tidak membela ku
Siapa lagi yang akan membelanya
Kalau aku diazabAku kan hambaMu jua
Aku adalah ciptaanMu
Kalau aku Engkau selamatkan
Engkau tidak akan rugi
KebesaranMu akan tetap sempurna

AddThis Social Bookmark Button


angin betol  

Thursday, February 19, 2009

Hari ini pelah nasib aku...masalah bertimpa-timpa..
sakit betul semua badan aku,
paling sangat-sangat sakit jiwa dan otak aku
aku rasa nak mengamuk je..
tapi aku masih waras lagi...
tak nak aku glomor sebab pekara kecil....
bila aku terbayang muka dan senyum je rasa
nak aku cekik-cekik je kasi mati....
hidup menyusahkan orang betul...
bodoh berlagak pandai bebenar....
suruh buat keja berfeadah bodoh
nak mampus berlagak pulak itu
buat keja yang tidak berfeadah
dan menyibok hal dan keja
orang lain pandai macam ahli fikir negara....
aku jadi marah tiba -tiba,
mana tak sakit hati dan sakit semuanya
bila keja yang keta susah buat tiba-tiba
dengan senang-senang orang lain padam
dia tak tanya pun pada aku samaada
benda itu guna atau tidak
semalam aku mampu tersenyum
bila usaha aku hampir berjaya
impian yang aku idamkan hampir berjaya...
aku siap berpesan tolong jangan padam...
entah malaun manalah yang padam itu,
nak kata pekak dan tuli tak jugak...
dia siap tanya samaada aku marah atau tak...
manusia yang benar-benar bodoh dan tolol je
akan bertanya soalan macam itu
aku hampir menangis kerana kecewa teramat sangat
penat aku memerah otak dan keringat tenaga
hancur dalam sekelip mata sahaja....
tapi aku sedaya upaya pujuk hati ku
supaya bersabarku katakan pada diriku
"ini bukan reziki dan terus berusaha"
mungkin ada hikmahnya
ari ne aku guna bahasa kasar...
sakit betul hati aku








AddThis Social Bookmark Button


"ahhhhhhhhh bosaaaaannnnn "  

Wednesday, February 18, 2009




hari ne kepala ku pening cikit...
aku tidak taulah sejak kebelakangan ini

kesihatan aku tidak begitu baik...
aku acap kali capik bila melakukan tugas lebih...

keadaan kesihatan tak menentu membuatkan aku rasa kurang selesa
tapi aku gagahkan diri juga...
kerana banyak pekara yang menuntu perhatian ku...

bila malam aku tidak dapat melenakan mata...
tak taulah kenap dengan diri ku ini...ya Allah...
aaahhh bulan ne aku tidak menafikan sedikit tertekan...
insyallah aku cuba sedaya upaya mengatasi dan
melalui semua ini dengan hati yang tenang...
aku jugak tidak penah lari mendengar bahan perbualan
yang begitu hangat tentang diri ku atau orang lain
aku dah terlalu muak mendengar semua ini...
bila aku ambik pusing kepala ku pun jadi pusing
aku begitu cepat menjadi seorang yang moody..
aku mengambil keputusan ikut cara pak pandir

"ada telinga dengar"
"ada mulut diam"
"ada mata tengok je"
lantak lah komo he...he....
aku rasa mendiamkan diri lebih baik dari berkata-kata

AddThis Social Bookmark Button


SanG Bulan dan SanG Matahari  

Tuesday, February 17, 2009



Kenapa bulan dan matahari tak dapat bertemu…
Sedangkan BULAN dan BINTANG sahabat sejati???”
Cahaya bulan tidak pernah meramal,
itu janji yang dipegangnya.
Ia juga tidak pernah mengingatkan atau memberi awas-awas.
Ia hanya menerima sinar matahari yang kemudian
dipantulkannya ke bumi: kilau-kemilau”
Suatu hari pernah ku dengar sebuah bintang
berbicara pada bulan
“Aku tidak ingin lagi menemanimu mulai malam ini dan seterusnya” katanya.
“Kenapa?” tanya bulan
“Padahal aku menyukaimu,
aku menyukai malam-malam
dimana kau ada dan menemani ku hingga fajar menjelang”
tetapi bintang itu hanya diam meredup dan bersembunyi di balik mega.
Justeru kerana bulan menyukainya
maka bintang itu menghilang.
Aku mengetahui hal itu kerana sebuah bintang lain yang adalah
teman karibnya mengatakannya padaku.
Cinta memang aneh, bukankah ia seharusnya mempersatukan?
Bintang itu mencintai bulan.
Tetapi bulan tidak mencintainya,
ia hanya ‘menyukainya’.
Siapa pula yang membeza-beza kan cinta dengan suka?
Kenapa bulan tidak membencinya saja,
malah bulan menyukainya
sehingga bintang tidak mempunyai alasan untuk
tidak menemaninya malam nanti.
Bintang yang sinarnya paling terang
adalah bintang yang berwarna biru.
Sebuah iklan tong gas yang sering kulihat di television juga
selalu membangga-banggakan produknya
yang memiliki api biru,
bukankah bintang juga seperti api
yang panas dan memberikan sinar?
Bintang yang sedang kuceritakan
hanyalah sebuah bintang kecil yang berwarna merah.
Kerana itu ia tidak pernah dapat mengumpulkan keberanian
untuk berkata pada bulan“Aku mencintaimu!”.
Bulan sendiri tidak pernah menganggap bintang
sebagai lebih dari sahabat yang selalu menemaninya setia pada malam,
dan sesungguhnya bintang mengetahuinya.
“Aku mencintai matahari” kata bulan ”
Ia dapat membuatku bersinar indah diwaktu malam.
Ia membuatku selalu ditunggu oleh para pencinta malam.
Ia membuatku selalu dinanti oleh para pujangga yang
menulis berbait-bait puisi tentang cinta
hanya dengan melihat diriku di langit malam.
Anak-anak kecil menunggu kehadiranku agar dapat
bermain-main dilapangan di tengah kampung
Bintang tak pernah habis berfikir
kenapa bulan mencintai matahari,
bulan bahkan hampir tak pernah
bertemu denganmatahari dan ketika
mereka bertemupun bulan akan kehilangan sinarnya.
Kita menyebutnya gerhana matahari,
saat itu kita tidak diperbolehkan melihat langsung ke langit,
katanya dapat merosak mata kita.
Matahari tidak pernah memikirkan bulan,
ia hanya bersinar dan memberikan sinarnya
tanpa membeza-bezakan. Ia bahkan tidak mengetahui kalau sinarnya
dimanfaatkan oleh bulan untuk bersinar dimalam hari.
Ia hanya menganggap bulan sebagai benda
yang kadang-kadang menghalanginya memberi sinar kepada bumi.
Mungkin matahari mencintai bumi,
aku tidak tahu kerana aku tidak pernah
bercakap-cakap dengan matahari dan
bumi tidak pernah bercerita tentang ini,
sejujurnya aku tidak terlalu peduli.
Bintang merasa tidak mendapatkan keadilan.
Kenapa bulan mencintai matahari yang
bahkan tidak pernah memikirkan bulan,
dan bukan mencintai bintang yang
mencintai bulan dengan sepenuh hatinya?
Bintang juga merasa tak berdaya
kerana walaupun ia ingin memberikan seluruh sinarnya
kepada bulan agar selalu kilau kemilau,
bintang tak dapat melakukannya kerana
jaraknya yang sangat jauh.
Matahari juga adalah bintang,
bintang merah yang sama seperti dirinya,
kerana letak nyalah matahari
dapat terlihat lebih terang daripada bintang.
Tapi bintang adalah bukan matahari,
kerana itu bulan tidak mencintai bintang.
Cinta memang aneh.
Kerana itu sekali lagi bintang berkata,
kali ini kepada semua teman-temannya
“Aku tidak ingin lagi menemani bulan mulai malam ini”
kemudian ia menghilang
(tak hanya meredup danbersembunyi di balik mega)
dan tak pernah lagi menemani bulan.
Aku akan memberitahu sebuah rahsia sekarang,
BINTANG ITU ADALAH AKU.
Ia turun ke bumi sebagai bintang jatuh dan
juga permintaan sepasang kekasih agar mereka berdua dapat hidup
berbahagia hingga akhir hayatnya.
Ia kemudian jatuh kerumahku dan menyusup
ke dalam rahim ibuku dan menjadi aku.
Dan betapa pun aku tak ingin lagi menemani bulan,
kadang-kadang aku akan sangat merindukannya
Dan aku akan menatap bulan dan mendengarkan percakapan semesta,
sambil berharap suatu hari nanti bulan akan dapat mencintai bintang.
Jika hari itu tiba aku akan terbang ke langit dan
kembali menjadi bintang yang akan selalu menemani bulan.

AddThis Social Bookmark Button


DIKAU begitu MENGERTI  

Saturday, February 14, 2009


DIKAU begitu MENGERTI


Pagi ne aku telah merancang nak susun buku,
bertabur betul...issssshhh tak baik bersungut....
sedang aku menyusun buku.memberku sekerja ku datang mendapatkan ku
dengan nafas yang tercugap-cugap seolah-olah baru menamatkan larian 100 meter..
aku ingat ada orang gila dekat bawah..aku rasa berdebar-debar...
rupanya dia memberitahu yang "kulaannya "mempelawa dia tumpang g kursus..
oooo aku ingat pelah lah tadi..aku dengan niat nakal menyusik memberku
aku nak tumpang dia sekaliwktu nak pergi kursus..
yang dibuat oleh HQ untuk semua stafnya...
aku macam tidak percaya mendengar pe yang kuar dari mulutnya..
waktu itu aku terkedu dan ati kecil ku sedikit terguris...
tapi itulah hakikat yang terpaksa aku terima
andai tidak memiliki pe2 dan hanya tau nak menyusahkan orang je...
(aku tidak salahkan sape2 pun...aku cuba memahami keadaan mereka)
tapi waktu itu serta merta aku teringat seorang member yang rapat dengan ku
ku anggap dia macam kak ku..dia banyak bersusah payah dan membantu ku dikala
aku mengalami kesukaran dan kebuntuan..
budi baiknya tidak mampu terbalas oleh ku...yang hanya mampu ku lakukan
mendoakan dirinya semoga perolehi keberkatan hidup dunia dan akhirat
murah reziki dan dikurniakan kesihatan amin............

AddThis Social Bookmark Button


dimana ku perolehi kejujuran  

Friday, February 13, 2009



DI MANA AKAN KU PEROLEHI KEJUJURAN

Dikala boleh untuk jujur,
hatiku menangis
ingin kutumpahkan semua yang kurasa
Dikala mata menerawang perih
yang kudapat ingin segera kupejamkan,
Dikala kutersadar,
kuterbangun dari kenyataan sakit,
terasa sangat menusuk.
Kumencari setitik celah ku
mengharap seberkas cahaya
Namun tak jua kudapat.
Sesaat ku jujur pada hati walau harus menangis
Sesaat ku buka mata walau perih terasa
sesaat kutersadar walau sakit yang kudapat
Hati kecilku bicara
kusendiri dalam keramaian
Hatiku menangis walau senyumku merekah.
Bukan tak punya pilihan,
Tapi Allah yang memilihkan.
kata orangsih, ka itu....langkah???? ya kali

AddThis Social Bookmark Button


Si Anak Kecil  

Thursday, February 5, 2009

ku tenung wajahnya,bersih tiada secalit terpahat dosa ..
matanya bulut dan bersinar..
senyum selalu bermain di bibirnya,
ketawa kegembiraan yang mencuit hatinya
begitu manis sekali,
kelincahannya dan kepetahan dia bertutur kata
tidak menggambar dirinya sakit...
tapi pada hakikatnyadia menanggung kesakitan...
dia begitu mengerti bahawa dirinya sakit..
acap kali dia sering bercakap kepada ku
mahupun ahli keluarga yang lain
"adik kena makan ubat sebab adik sakit"
waktu itu jugalah air mata ku pasti bergelinangan
bila dia terlihat air mata ku pasti di suanya pertanyaan
"kenapa mak usu nangis"aku terpaksa berbohong
menyatakan habuk masuk mata...
alasan lapuk he...he...terpaksa bohong sunat
aku dan ahli keluarga yang lain
hanya terdaya memberi kata-kata pujukan
dan kata-kata semangat...agar dia tidak jemu makan ubat
walaupun usianya menjangkau 4 tahun
dia memahami rutin hariannya
yang terpaksa menikmat ubat 7 jenis yang rasanya amat pahit
aku kagum melihat dia dengan sendirinya memakan ubat
yang disediakan oleh kak ipar ku tanpa sebarang paksaan
tapi akibat pengambilan ubat tersebut wajah dan bentuk badannya berubah
terdapat kesan membengkak diwajahnya dan perutnya...
tapi kelinchannya tetap tidak berkurangan
kepetahan tuturkatanya ada masa
membuat aku terputus kata-kata
kini hidupnya bergantung dengan ubat selama 2 bulan
bagi doktor mengesan penyakit yang dialaminya
dia dilarang keras memakan makanan
yang mempunyai rasa yang masin walupun sedikit
takut ia akan menimbulkan kesan yang negatif
pada buah pinggangnya..
aku dan keluarga sedaya upaya merawatnya
cara kampung mahupun cara moden
kini harapan ku dan keluarga ingin melihat dia kembali
sihat seperti sediakala





senyuman,kepetahan tuturkata mu,kelinchan mu buat kami terubat dengan kegelisahan dan kerisauan di hati kami melihat diri mu...


kepada MUHAMAD SYAHIR IMAN....
semoga cempat sembuh...amin

AddThis Social Bookmark Button


 

Design by Amanda @ Blogger Buster