peperiksaan oh peperiksaan  

Monday, August 17, 2009



alhamdulillah lega teramat lega bebenar
tapi sebenarnya belom boleh lega sangat
keputusan peperiksaan belom diketahui..
tapi buat masa ne dah boleh joli dan enjoy katak
aku boleh menyambung permainan game ZUMA
yang lama terpaksa ku puasakan demi
menghadapi peperiksaan JPA dan Ketangkasan menaip
tapi aku redha kerana aku dah usaha
aku dah buat yang terbaik
aku study macam nak pecah kepala otak aku
tapi alhamdulilah peyang ku baca sedikit
sebanyak ada yang keluar
tapi tak pastilah betul @tidak jawapannye
lepas habis exzam buku aku simpan dalam almari
buat masa ne tidak mahu tengok buku
kepala sudah pening..
jadi aku simpan dulu buku buat seketika ini...
nak rehatkan otak aku yang sudah keja keras kerana terdesak..
nak kembalikan ia seperti keadaan asal..
he...he...
hooooooreyyyyyyyyyyyy.

AddThis Social Bookmark Button



AKU TIDAK AKAN BERSUARA LAGI...
AKU AKAN TERUS MELANGKAH TANPA MENOLEH KEBELAKANG LAGI


aku rasa sudah tiba masanya aku
bagun dari kegagalan dan kekecewaan
yang melanda diriku...
aku terasa begitu bodoh menangisi pekara
yang tidak sepatutnya aku tangisi..
aku terlalu alpa kerana mengimpikan kebahagian
yang tidak pasti yang hanya omong kosong je
aku dah mengabaikan tanggungjawab ku
kepada orang tua ku...
kerana keterlalu mengharapkan sesuatu..
ku rasa sudah sampai masanya aku
berubah dan mengubah diri ku
supaya menjadi seorang insan yang tabah
mengharungi kehidupan yang mencabar
ku tahu ianya tidak semudah yang
di ucapkan dan difikirkan
tapi aku terpaksa dan memaksa diriku
agar tidak goyah dan rebah
mengharungi dugaan yang mendatang
aku akan bangkit meneruskan cita-cita
dan impian ku agar lebih maju
akan ku buktikan kepada mereka yang memandang
aku hanya sebelah mata...
bahawa aku boleh berjaya dalam kehidupan
dan mampu hidup tanpa meraka
kini aku hanya mampu berdoa pada yang Esa
agar aku diberikan kekuatan....
untuk ku buktikan.....amin



AddThis Social Bookmark Button


selamat berbahagia kawan ku  

Friday, August 7, 2009


malam ini bekas teman tapi mesra ku
akan melafazkan akad nikah
malam ne jua statusnya akan berubah
dari teruna bertukar menjadi suami kepada kaum sejenis ku
majlis persandingannye dilangsungkan pada hari sabtu ne..
sedang aku lena tido kerana makan ubat batuk
aku dikejutkan bunyi hp...
alamak malaun mana pulak yang telefon
tengat malam buta....
rupanya bekas teman tapi mesra ku
dia menjemput aku kemajlis akad nikahnye
dia ingin aku menyaksikan majlis penuh bersejarahnya
aku tidak menyanggupkan @mengiakan
aku hanya diam seribu bahasa..
hanya yang mampu aku katakan bagi menyedapkan
hatinya "insyaallah"
sebelum mengakhiri perbualan
sempat ku ucapkan "Tahniah"
aku terbaring sambil mata berkelip-kelip memandang siling
"kuat ke aku nak menyaksikan orang yang penah
aku sayangi bersama insan lain"
aaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhh
tapi aku tidak dapat menerimanya lebih dari seorang teman biasa
walaupun aku sudah cuba belajar menerima menjadi teman hidup ku
kami tidak ada keserasian sebagai pasangan kekasih
tapi kami ada keserasian menjadi sahabat...
Ya Allah kenapa dengan diri ku ini????
sepatutnya aku gembira dengan berita hari bahgianya.

AddThis Social Bookmark Button


Dugaan......  

10/8/09 aku kena pergi ujian ketangkasan menaip
kepala aku pening nak tumpang sape pergi shah alam
aku terpaksa menebalkan muka...
bertanya sipolan ne si polan nun...
tapi pasti ada seribu satu alasan..tapi aku faham keadaan mereka
aku hampir putus asa..air mata kekecewaan hampir menitis
tapi aku pujuk hati jangan cepat putus asa
ne mungkin Allah nak menguji kesungguhan aku..
lastnya aku memohon kepada yang Maha Esa..
"dipermudahkan urusan ku" akhirnya
Allah mendengar rintahan suara hati dan permohonan dari hambanya
doa aku dimakbulkan..seorang teman menelefon
mempelawa aku pergi bersamanya...
dikala waktu itu hanya perkata syukur lahir dari mulut ku...
air mata kegembiraan menitis..
terima kasih kak fazilah kerana mempelawa saya
menumpang kak...
tak lupa juga terima kasih pada hani
kerana mengambil berat pasal saya
saya faham keadaan hani
yang memerlukan perhatian lebih pada mak yang sedang sakit....

AddThis Social Bookmark Button


 

Design by Amanda @ Blogger Buster