sebelum dan selepas....  

Wednesday, October 28, 2009



1.ANGKATKAN BEG
Come sayang,
let me carry the bag 4 u. Kesian u...
Beg u pun u malas nak bawa.
Lain kali jangan bawa beg ah!

2. TERSUNGKUR BATU
'Sayang, intan payung,
you ok tak darling?
Bodoh punye batu!

'Jln betul2 la! Buta ke?
Mata letak kat mana? Lutut?
Batu tu punya besar pun tak nampak!

3. PAKAI SEXY
Lawanye u pakai baju ni. Seksi! Turn on
I, macam nak gigit-gigit you sekarang jugak!'
Ni ape ni, tetek terjojol, nampak longkang!
Dengan babat berlipat-lipat! Tak malu eh?'

4. MANJA DI PUBLIC
Manjanye syg i ni.
Cium sikit sayang!
Firm nye pipi you!
Oi! Org tgk ah!
Tunggu balik rumah bole tak?
Tak malu eh orang tengok?!

5. KEMPUNANU
nak makan burger ramly?
Ok, besok i masuk JB belikan eh syg.
Burger McDonald pun sama pe!
Jgn cerewet ah! Makan je!
6. KECANTIKAN

Cantik nye you hari ni.
Eye shadow you lawa la!
Berseri-seri muka you!

Ape ni make up mcm tepung gomak?
Wayang pekji pun kalah tau!
Bulan2 asyik beli make up je!

7. KEKAYAANU

takde bnyk duit pun, i tetap syg u.
Kekayaan tk menjanjikan kebahagiaan.

Tu la, dulu tak nak blajar betul2.
Skrg baru nak menyesal!
Duit tong sampah bulan ni camne?

8. SEX
Kalau kita kawin, hari2 i nak main dgn u.
Eh, i penat tau! Ingat i robot ke? Gatal!


9. KESABARAN

Sudahlah syg, jgn merajuk.
Sorry eh Sayang. Memang salah I.
I ni matahir tak guna!
Jangan merajuk lagi ye Sayang...
I minta maaf. Maafkan i eh?

Salah you,
you nak suruh I cakap Sorry!
Banyak cantik muka you!
Dah buat salah tak nak mengaku.
Tau nak merajuk je.
Awak punye pasal ah
! Tak kuasa aku!

10. MASAKAN
Sedapnye u masak (walaupun tak sedap)
Mak u tak ajar masak ke?
Ni Nasi lemak ke nasi basi?

11. DUIT NO PROBLEM
Syg, kita mkn dekat restoran mahal tu eh?
Mahal takpe lah, skali skala...
Mak oi! Pe mahal!
Da la! Mee grg mamak pak kassim lagi sedap..
Tak mau ah!


12. LUV PEGI LUV BALIKBye syg,
I luv u too. Muaks! Miss u lah syg.
(Padahal smlm baru jumpe)

Ah, ok bye! Tak bole lah.
Kawan i ade ni! Bye la bye la!

13. PENGORBANAN

Takpe Sayang, I tak kisah.
I sanggup buat apa saja untuk you.
I fetch you later eh?

You ni, takde kepala otak ke
yang I ni penat baru balik kerja.
Apa salahnya you balik sendiri.
Manja sangat ah!


14. JUMPA LAMBAT

Takpe Sayang.
Asalkan you selamat sampaiTakpe la

Da biasa da!


15. BUANG ANGIN
You kentot eh sayang?
Hehehehehe!
Cute la you ni! *cubit-cubit*
Oi, asik kentot je eh! *pukul-pukul badan*

AddThis Social Bookmark Button


CINTA penawar@racun  

Saturday, October 24, 2009

hayatilah kata-kata pujangga ne....




sayang

dibohongi itu sakit......
dikianati itu sakit......
dilukai sakit.........
di tinggalakan tanpa sebab lagi sakit....


sayang
kalau kamu tidak setia ...... lebih baik jangan bersama
kalau kamu tidak setia ...... lebih baik jangan bercinta
kalau kamu tidak setia ...... lebih baik lukankan cinta monyet awak
kalau kamu tidak setia ...... lebih baik biarkan saya bersendirian

sayang

cinta itu suci ....... andai kamu tidak menodainya
cinta itu indah ....... kalau kamu tidak mula berdusta
cinta itu mengasyikan ....... kalau kamu tidak curang padanya
cinta itu setia ........ kalau kamu tidak mengkhianatinya
jadi yang salah itu bukan cinta
jadi yang salah itu kamu
jadi yang curang itu kamu
jadi yang kianat itu kamu
jadi yang tidak setia itu kamu
dan yang menderita itu hanya aku....

AddThis Social Bookmark Button


diKALA hATI mEnANGIS  

Wednesday, October 21, 2009

Ya Allah hamba ne begitu keliru,sedih dan terlalu lemah

aku perlukan kekuatan dan petunjuk dari mu Ya Allah...


Ya Allah,
ketika hati sedang menangis
hanya Engkau saja yang tahu
betapa merananya diriku
tak mungkin yang lain tahu....

Ya Allah,
ketika mereka meninggalkan aku
sendiri terkapai-kapai ketika dunia
tiada simpati Kau tetap mendengar rintihanku
padaMu tempatku menagih kasih
ketenangan kurasa mendekatiMu
syahdu malam tak terasa sunyi..

Ya Allah,
ketika aku dalam kepayahan
keseorangan dihimpit beban derita
Kau beri aku kesabaran
pengalaman mengajar erti kematangan
lantas Kau membuka pintu hatiku
untuk memberi kemaafan
pada mereka yang pernah melukakanku..
pada mereka yang terus melukakanku...
dan pada mereka yang tersedar kerna melukakan...

Ya Allah,
ketika aku buntu
keliru dengan masa depanku
kau berikan aku kekuatan
Kau tunjukkan aku jalan
peluang kedua yang sungguh bermakna
sebagai suluh hidupku
menebus usia yang
sia-sia
mengganti semalam yang pergi
memperbaiki kelemahan diri
mempelajari pengajaran dari kesilapan
menimbus kekecewaan dan dendam

Moga tiada lagi aku
bercita-cita lemas di laut
atau terlanjur menelan berlebihan pil
sungguh pelik bunyinya tetapi benar
hanya Kau saja yang mengerti
hatiku terseksa sekian lama
kini akhirnya bangkit semula
melupakan episod terakhir dan
menyambut lembaran baru...

AddThis Social Bookmark Button


kursus induksi umum 2009  

ne lah gambar kenangan kursus induksi....
awek dan pak wek dekat cini
semuanya cun2 dan hensem belaka...
tapi oooppsss yang mana sudah bersuami @beristeri jangan pandang jeling2 bolehlah....
kursus ne banyak pengalaman
aku lalaui ada manis, pahit,
tawar dan masam
nak dikata macam-macam ada...
tapi ne lah di untuk pengalaman yang terbaik buat diriku....pe pun GOOD Luck!!!!!!

"PENGALAMAN GURU TERBAIK UNTUK DIRI"

AddThis Social Bookmark Button


cinta vs cita-cita  

Friday, October 2, 2009


sendiri mau fikir....
sendiri mau nilai....
sendiri mau pilih...
tak dapat aden nak tolong



Persahabatan lebih bermakna
dari percinta yang mengecewakan


Mencintai sesorang tidak semestinya
kita memiliki dirinya..
oleh itu sayangilah diri kita
dari disakiti oleh cinta
kerana cinta tidak semestinya
dapat membahgiakan kita..


Insan yang lemah akan membiarkan cinta
menguasai cinta hingga gagal
membuatnya kecewa...


Cinta itu ibarat nyamuk yang mengigit
biar sakit tapi sedap digaru...


Sebelum mencintai seseorang
cintailah dari sendiri terlebih dahulu.
kerana orang yang tidak menyayangi dirinya
amat sukar untuk membahgiakan orang lain..


Jangan permainkan perasaan orang
dengan cinta yang mengecewakan
jika tidak suka perasaan kita pula
dipermainkan oleh orang lain...


Kerjalah cita2 sebelum cinta
apabila tercapainya cita-cita
maka dengan sendirinya
cinta itu akan hadir sendiri


Janganlah engkau menangis
kerana gagal
bercinta kerana lambat -laun manusia
pasti akan meninggalkan segala
apa yang dicintai....


Cinta itu cahaya yang menyirami kehidupan
hidup menjadi suram
jika suram jika orang yang kita cintai
tidak turut sama menikmatinya....


Cinta itu adalah api
namun kita tidak akan pernah tahu
sama ada api itu akan
menghangatkan@ menghanguskan kita......


Tercapai cita-cita lebih bermakna dari janji manis@surat cinta


AddThis Social Bookmark Button


beratnaya hatiku  

Thursday, October 1, 2009


lagi 3 hari nak pergi kursus induksi
aku satu apape tidak buat lagi
senarai barang yang nak dibawak pergi
pun aku tidak tengok.....
aku rasa tidak sedap hati dan terasa amat
berat hati nak pergi...
aku risau sangat nak tinggalkan
mak ayah yang kian uzur..
ditambah pun dengan kesihatan mereka
yang tidak berapa baik
tapi aku terpaksa demi kerjaya
dan masa depanku...
tapi kali ini kursusnya tidak lama
hanya seminggu saje
jika sebelum ini berminggu-minggu
waduh lagilah teramat terseksa...
sebelum ini bila sebut pergi kursus
aku tidak sabar nak kemas barang
pasti tergambar keseronokan
tidor dihotel mewah dan makan
makanan yang ala minah saleh cikit
tapi kali aku seolah-olah tidak bernafsu
Ya Allah aku memohon kekuatan dan ketenangan dari Mu




AddThis Social Bookmark Button


tidak ku duaga  

Tuesday, September 29, 2009


3 hari sebelum raya..aku mendapat
khbar yang menyedihkan campur mengejutkan
bila seorang teman tapi mesraku
kemlaangan ditempat keja...
pagi kejadian itu aku cuba menghubungi
hpnya untuk bertanya kbbar
tapi bila ku dengar suara seorang wanita
hati naluri wanita ku terasa cemburu
,sedih,geram dan rasa macam dipermainkan
aku cuba bertenang dan masa itu aku tidak dapat
berfikir secara rasional..
ku ceritakan pada teman baik ku..
tapi nasiblah teman baik ku memberi nasihat
supaya bertanya pekara sebenar...
aku cuba menghubungi teman tapi mesra ku tapi gagal
api di kepala ku dah berasap tinggal nak meletup je
selepas buka aku mendapat panggil dari seorang
perempuan yang aku tidak mengenalinya
perempuan itu perkenalkan dia adalah
kak kepada teman tapi mesraku..terkedu oooo
dia membagitah yang adiknya sekarang sedang dirawat
diunit kecemasan di hospital USM
bila aku mendengar khbar berita itu
airmata ku hampir meleleh
Ya Allah ku dah bersalahdan berdosa padanye
aku telah berburuk sangka
sedangan dia tengah bertaruh nyawa
melawan kesakitannya...
sebelum menjelang 1 syawal
teman tapi mesra ku selamat dibedah
alhamdulilah aku bersyukur padanya
kaknya memberitahu adiknya kerap
menyebut namaku...
hati dan sanubari ku menjadi terharu
aku ingin pergi menziarahnya
tapi aku ada kekangan tak ada kenderaan
nak naik bas aku tidak berani
nak minta burung bawa aku terbang burung tidak larat
sebab aku chubby....
yang mampuku lakukan
setiap kali selesai solat kutitip kan doa buat dirinya
kini teman tapi mesraku semakin hampir sembuh






AddThis Social Bookmark Button


kesihatan terjejas  


kali ne syawal buat diriku
sambutannya kurang menyeronokkan
sebelum syawal aku beria-ia membuat persiapan
tapi bila tiba syawal yang penuh cahaya kegembiraan
aku rebah di atas tilam...
kurasakan badan aku begitu lesu sangat
dan tidak bermaya...menurut mak
selera makan aku dah kurang sangat
kalau tidak masa hari rayalah akulah
ratu tukang makan..ada je yang nak ku makan
malam raya ku gagahkan jua membantu mak
aku tidak mahu melihat mak sedih
sebab sebelum ini hari raya
kesemua anak-anak mak semua ada
rumah kami riuh rendah....dengan usik mengusik
tapi kali ne hanya ku ,ayah dan mak sahaja dirumah
rupa-rupanya ramai yang perasaan perubahan
diwajahku bila mereka menziarah kerumah ku
mereka pasti bertanya kenapa muka aku terlalu pucat
aahhhh aku cuba selindung kesakitan ku dengan senyuman
dan sedikit palitan lipstik...tapi masih boleh kesan
aku tidak tau kenapa sejak kebelakangan ini
kesihatan ku terjejas...kini aku setiap malam tidak
dapat tido dengan lena...
tido ku sering kali terkejut-kejut...
tapi yang ku pelik badan ku tidak mau kurus
sebab tidak lalu makan.....

AddThis Social Bookmark Button


RUTIN MASA KECIL MENJELANG RAYA  

Friday, September 18, 2009



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
KEPADA MEREKA YANG MENGENALI DIRI INI
















YEAH!!! DAPAT MAKAN
KETUPAT,RENDANG DAN KUIH
SEBANYAK MANA YANG BOLEH
SEDAPNYE HINGGA TAK TERKATA
NIKMAAAAAAAAATTTTTTTTTT













BAB NE LAH YANG PALING AKU SUKA SESANGAT
PE LAGI KUTIP DUIT RAYALAH
HE...HE......










BILA DAH PENAT KUTIP DUIT RAYA
MALAM RAYA MISI AKU
PE LAGI MAIN BUNGA APILAH
















































































































































































































































AddThis Social Bookmark Button


shopping  

malam tadi aku pergi"shopping"
cari kuih untuk hari raya
maklumlah nak buat tidak sempat
sibok bebenar....
jadi untuk memudahkan
pe yang harus dimudahkan
aku cadangkan pada mak
keta buat kuih tunjuk saja..
ada tempat bila ku sebut namanya
pasti hampir 99% semua orang tau
mana lagi kalau tak ke SG BESAR
yang paling penting nak pergi
tempat itu kena bawak pitih lebih
bila sbaik kaki melangkah masuk kawasan tersebut
alamak mesti tak sedar dunia punya
berjam-jam masa dihabiskan di situ
sampai di destinasi yang dirancang
aku terkedu punya ramainya orang
aku dan mak termasuk dalam kelompok manusia yang hadir
sedang syok shopping
tiba-tiba telinga aku menangkap lagu senario....
aku terus terkedu dan tersengih macam kerang busuk
senikatanya terkena batang hidung he..he..
"bila nak raya semua bagai nak gile"
"bila puasa buat-buat lupa"
"bila habis raya semua poket kosong"
"waktu itu semua buat tak tau sahaja"
"waktu itu hutang berjeler-jeler"
he..he....he...















AddThis Social Bookmark Button


Wednesday, September 16, 2009

aku tidak tau mana silap dan salahnya
mana kurang dan lebihnya
aku pun tidak pasti...
puas aku fikir dan terus mencari-cari
aahhhh makin buntu dan kusut fikiran ku

kenapa aku yang harus memahami
kenapa aku harus beralah
kenapa aku harus mendiamkan diri
kenapa harus aku menjadi pemerhati dan penerima
kenapa aku acap kali menjadi mangsa keadaan
takdir yang berlaku...
aku bukan manusia yang hanya tahu menunding jari
aku hanya ingin sekelumit kasih sayang
bukan harta benda yang bergunung ganang..
kini aku hanya menjadi seorang insan
yang merindukan...
kehadiran cahaya kegembiraan

AddThis Social Bookmark Button


mengecat punya pasal  


waduh...waduh tinggal
beberapa hari lagi berlalunya bulan ramdhan
sedih rasanya...cepat betol masa berlalu
mak dekat rumah dah bising rumah belom siap
berkemas...waktu cuti lah aku ambil peluang
mengemas mana yang patut...
semuanya aku kena buat sendiri kali ne..
selalu kak aku yang akan membantu..
tapi kali ne dia x dapat cuti raya..
selama 2 hari dua malam
aku mengecat rumah...
aku rasakan tulang-tulang
dekat badan aku macam nak patah je
aku rasa urat-urat dekat badan aku
macam kena pintal-tintal....
rasa macam nak menangis je..
selepas mengecat pasti merengek-regek
kepenatan.......
tapi best dan puas hati bila tengok hasil keja tangan sendiri
walupun tak secantik mana pun..
tapi kira ok sesangat...cantik woooo
kini aku mampu menarik nafas lega
dah siap mengecat.....
jiran -jiran giat mengusik aku
mereka cakap nak terima bakal suami ke



AddThis Social Bookmark Button


Amin ......kejayaan ku  

Wednesday, September 9, 2009

semalam aku menerima panggilan telefon
dari seorang mamber kerja..
dia bagitahu keputusan peperiksaan PNM
dah keluar boleh tau keputusannya
waktu itu ku rasakan denyutan nadi dan jantungku
terlalu kencang seolah-olah macam baru
menghabiskan larian 1000 meter he..he...
tergambar di otak aku lulus @tidak lulus
kata memberku ramai yang kantoi
termasuklah mereka yang sempat berbincang
alamak habis lah aku..yang otai2 boleh jawab pun
terkandas..ne pulak aku yang terkapai-kapai..
dengar berita 2 mood nak pergi bazar pun dah tak ada
lastnya aku beranikan diri menelefon untuk mengetahui
keputusan aku..tawakal jelah..
alhamdulillah aku lulus semua..
bertambah kegembiran aku bila teman rapat aku
pun lulus semua...amin syukur sesangat.
selepas mendapat berita gembira
aku terus menghubungi seorang yang ku anggap kak
dia sempat titipkan nasihat buat diriku
"sebanyak mana usaha keta itu adalah hasilnya"
terima kasih mak ayah dan kak mis
banyak bagi dorangan pada saya.




AddThis Social Bookmark Button


peperiksaan oh peperiksaan  

Monday, August 17, 2009



alhamdulillah lega teramat lega bebenar
tapi sebenarnya belom boleh lega sangat
keputusan peperiksaan belom diketahui..
tapi buat masa ne dah boleh joli dan enjoy katak
aku boleh menyambung permainan game ZUMA
yang lama terpaksa ku puasakan demi
menghadapi peperiksaan JPA dan Ketangkasan menaip
tapi aku redha kerana aku dah usaha
aku dah buat yang terbaik
aku study macam nak pecah kepala otak aku
tapi alhamdulilah peyang ku baca sedikit
sebanyak ada yang keluar
tapi tak pastilah betul @tidak jawapannye
lepas habis exzam buku aku simpan dalam almari
buat masa ne tidak mahu tengok buku
kepala sudah pening..
jadi aku simpan dulu buku buat seketika ini...
nak rehatkan otak aku yang sudah keja keras kerana terdesak..
nak kembalikan ia seperti keadaan asal..
he...he...
hooooooreyyyyyyyyyyyy.

AddThis Social Bookmark Button



AKU TIDAK AKAN BERSUARA LAGI...
AKU AKAN TERUS MELANGKAH TANPA MENOLEH KEBELAKANG LAGI


aku rasa sudah tiba masanya aku
bagun dari kegagalan dan kekecewaan
yang melanda diriku...
aku terasa begitu bodoh menangisi pekara
yang tidak sepatutnya aku tangisi..
aku terlalu alpa kerana mengimpikan kebahagian
yang tidak pasti yang hanya omong kosong je
aku dah mengabaikan tanggungjawab ku
kepada orang tua ku...
kerana keterlalu mengharapkan sesuatu..
ku rasa sudah sampai masanya aku
berubah dan mengubah diri ku
supaya menjadi seorang insan yang tabah
mengharungi kehidupan yang mencabar
ku tahu ianya tidak semudah yang
di ucapkan dan difikirkan
tapi aku terpaksa dan memaksa diriku
agar tidak goyah dan rebah
mengharungi dugaan yang mendatang
aku akan bangkit meneruskan cita-cita
dan impian ku agar lebih maju
akan ku buktikan kepada mereka yang memandang
aku hanya sebelah mata...
bahawa aku boleh berjaya dalam kehidupan
dan mampu hidup tanpa meraka
kini aku hanya mampu berdoa pada yang Esa
agar aku diberikan kekuatan....
untuk ku buktikan.....amin



AddThis Social Bookmark Button


selamat berbahagia kawan ku  

Friday, August 7, 2009


malam ini bekas teman tapi mesra ku
akan melafazkan akad nikah
malam ne jua statusnya akan berubah
dari teruna bertukar menjadi suami kepada kaum sejenis ku
majlis persandingannye dilangsungkan pada hari sabtu ne..
sedang aku lena tido kerana makan ubat batuk
aku dikejutkan bunyi hp...
alamak malaun mana pulak yang telefon
tengat malam buta....
rupanya bekas teman tapi mesra ku
dia menjemput aku kemajlis akad nikahnye
dia ingin aku menyaksikan majlis penuh bersejarahnya
aku tidak menyanggupkan @mengiakan
aku hanya diam seribu bahasa..
hanya yang mampu aku katakan bagi menyedapkan
hatinya "insyaallah"
sebelum mengakhiri perbualan
sempat ku ucapkan "Tahniah"
aku terbaring sambil mata berkelip-kelip memandang siling
"kuat ke aku nak menyaksikan orang yang penah
aku sayangi bersama insan lain"
aaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhh
tapi aku tidak dapat menerimanya lebih dari seorang teman biasa
walaupun aku sudah cuba belajar menerima menjadi teman hidup ku
kami tidak ada keserasian sebagai pasangan kekasih
tapi kami ada keserasian menjadi sahabat...
Ya Allah kenapa dengan diri ku ini????
sepatutnya aku gembira dengan berita hari bahgianya.

AddThis Social Bookmark Button


Dugaan......  

10/8/09 aku kena pergi ujian ketangkasan menaip
kepala aku pening nak tumpang sape pergi shah alam
aku terpaksa menebalkan muka...
bertanya sipolan ne si polan nun...
tapi pasti ada seribu satu alasan..tapi aku faham keadaan mereka
aku hampir putus asa..air mata kekecewaan hampir menitis
tapi aku pujuk hati jangan cepat putus asa
ne mungkin Allah nak menguji kesungguhan aku..
lastnya aku memohon kepada yang Maha Esa..
"dipermudahkan urusan ku" akhirnya
Allah mendengar rintahan suara hati dan permohonan dari hambanya
doa aku dimakbulkan..seorang teman menelefon
mempelawa aku pergi bersamanya...
dikala waktu itu hanya perkata syukur lahir dari mulut ku...
air mata kegembiraan menitis..
terima kasih kak fazilah kerana mempelawa saya
menumpang kak...
tak lupa juga terima kasih pada hani
kerana mengambil berat pasal saya
saya faham keadaan hani
yang memerlukan perhatian lebih pada mak yang sedang sakit....

AddThis Social Bookmark Button


EMOSI Oh emosi  

Friday, July 24, 2009

hari ni mood aku kurang semangat cikit
aku tak sendiri ada kala tidak faham dengan perangai diriku
ada masa dan seketikanya aku terlalu cepat sangat emosi
tidak tentu pasal...aku pun rasa hairan kepada aku jadi begini
ada kala terfikir jugak kenapalah
aku menjadi seorang yang terlalu
cepat bebenar emosi.....aku cuba membaiki emosi ku..
andai aku tersinggung aku akan cepat melenting
tapi yang pelik aku akan cepat sejuk
aku akan merasa bersalah ,sedih dan menyesal
kepada mereka yang menjadi mangsa amarah ku
malam tadi dengan emosi yang tidak menentu
aku telah menyinggung perasaan kawan karibku
aku tahu asalnye dia hanya bergurau saja
tanpa sengaja aku telah menyebabkan
dia tersinggung dan terus mendiamkan diri
ku lihat air mukanya berubah...
kutahu dia marah dengan kata-kata ku
sebelum dia menghantar aku pulang
dia siap berkata "dia sayangkan aku "
dan dia x akan samakan aku dengan mana-mana
perempuan yang dia kenali........
aku duduk termenung sekeita
Ya Allah aku begitu "KELIRU"
aaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

AddThis Social Bookmark Button


blog punya pasal  

Thursday, July 16, 2009

Didunia ne aku jadi pelik betul
dengan peragai hamba Allah dimuka bumi ini
bila buat baik disalah ertikan di gelar "perampas"
bila tidak ditolong dikata"kedekut ilmu"
aku kehairanan sangat bila
membaca mesej yang masuk
meminta aku jangan ada pe2 perasaan padanya...
aku menarik nafas sedalam-dalamnya...
pening kepala aku memikirkan maksud mesej
yang baru aku terima...ne kes pe pulak
takkan sebab aku tolong buatkan blog
aku dituduh nak merampas hak orang lain..
tak ada maknanye benda ne semua...
aku menolongnya sebab dia
sendiri merayu dekat aku
menolongnya membuat blog untuk dirinya..
aku pun membantu atas nama sahabat...
aku dengan nya sebelum ni begitu rapat
tapi aku masih waras
batasan pergaulan antara kami
aku tau dia tunangan orang
tapi kenapa aku dijadikan musuh
bila aku telefon untuk bertanya sesuatu urusan
dia langsung tak angat telefon tapi
mesej bernada sindiran pasti ku terima darinya..
aku dituduh cuba nak merosakkan hubungan
dia dengan tunangan dia......
pedihnya hati ku dituduh sedemikian tuduhan..
tapi nak selamatkan keadaan aku buat pandai je..
tak kempunan aku padanya
walaupun sebesar hama
uat abeh beras je.......





AddThis Social Bookmark Button


Tanda -tanda lelaki merajuk  

Tuesday, July 7, 2009




1. Diam Sejuta Bahasa*

Die akan diam je time dating..Kalo cakap pun, die hanya angguk2 geleng2kan kepala je. Sikit pun tak layan beb.Ade tak jadi cam tu?Kalo ade..sah le tu die merajuk2 oitt! XDe kan Mcm ni Syg...


2. Buat Bodoh*

Die akan buat tak taw je. Mintak tolong gan die pun die wat acuh tak acuh je.Paling terok, die buat-buat pekakNie leh bikin PANAS HATI beb..


3. Tak Nak Jumpe*

Bila lelaki merajuk biasanye die tak nak jumpe or face to face. Ade je alasan die bagi.Contoh cam..tetibe nak tolong mak siram pokok bunga melor..ayah ajak teman gi negok ladang teh..adik nak beli sabun mandi jenama protex..Ah!Ade je ler alasan2 die..Hik2..*Still nk jupe lgi kn..


4. Masam Muka*

Taw ke korang camne lelaki wat muke masam?Dorang tarik-tarik muka baik punye sampai korang geram. Buat2 muke tak leh blah. Tapi adat le kalo orang dah merajuk2. Perempuan pun lebih kurang je!Hehe tengok


5.tengok TV Sampai Muntah*

Die akan tengok tv tu sampai muntah..Hik2. Tak ler, sampai larut malam walaupun dah tak de pape cite best. Mata memang nengok TV tapi hatinye tak.

Kadang2 TV negok die!Kena peka tue beb!


6. Keluar Rumah Senyap2*

Ade lelaki yang tak bgtau mane die nak pegi. Nak tunjuk protes le kononnye. So, jangan pakse or tanye ulang2 mane die nak gi.Conferm die buat dek je!


7. OFF Hpon*

Haa..ni 1 lagi tabiat lelaki. Die tak suka diganggu bile ngah marah. Die OFF kan tepon dan bagi alasan bateri kong or bateri kene curik. Sebabnye, die tak mo dengar suara jap.Takot tmarah lagi kuat... Alaa..bila dah rindu call jugak last-lastnyer!Haha!

AddThis Social Bookmark Button


Raja Buah  

Monday, July 6, 2009

"raja buah sudah mari"

tu gelaran bagi durian sape yang tak tau
aku lihat mana pergi pasti ada "raja buah"
hari sabtu selepas aku dapat jemputan dari
kawan lama..demo orang perak..
dah lama demo pelawa aku datang rumah demo
tambah lagi ne musim buah-buahan..
tidak menghampakanye sekeluarga..
aku dan keluarga pun menerima undangan mereka sekeluarga
sampai di kampong halamanye...
kami dibawa ke dusun belakang umahnya
mak ai terlopong mulut aku tengok macam-macam
buah...aku macam beruk mak yeh
terlompat -lompat sambil mulut berisi buah -buahan
tak pasal -pasal aku dicubit oleh mak
baru aku sedar aku jadi perhatian meraka sekeluarga
malunye....mak kawan ku siap cakap nanti makcik
bekalkan buah -buahan ye untuk dibawak balik
senyum sampai ketelinga.....
aku mengambil kesempatan makan buah durian sepuas-puasnye
tengah hari aku di hidang dengan gulai
lemak tempoyak ikan patin & sambal tempoyak
lepas makan tengah hari aku sambung lagi
menikmati makan durian.....
waktu petang kami memohon diri untuk pulang
aku sedih nak meninggalkan dusun durian..
tapi kena jugak balik...
lepas solat maghrib aku rasa lain macam je
badan macam panas,duduk serba tidak kena
sendawa rasa durian je.....
aku mengadu pada mak....mak cakap tu lah
masa makan tidak ingat dunia
kalau boleh kulit durian nak ditelannye sekali
ayah siap pelawa nak makan durian lagi
boleh ayah tolong kopekkan
sabar je lah.........lastnye aku dah tidak tahan
aku berendam didalam kolah bilik air..
untuk hilangkan kepanasan suhu badan ku

AddThis Social Bookmark Button


Aku digelar Anak Dara Tua  

Friday, July 3, 2009

semalam ada beberapa orang jiran tertangga
berkunjung kerumahku,penuh jugalah halaman rumah
biasalah makcik- makcik bila berjumpa
pasti ada je bahan cerita terkini lagi terhangat
aku mengelar mereka program
"persidangan terkumpul"
yang dipengerusikan oleh mereka2
yang dilantik tidak rasmi
bila aku balik dari kerja,baru matikan enjin motor
suduh ada yang menyapa aku,
aku cuma tersenyum dan memaniskan mulut
menyanyakan khbar.sedang aku turun dari motor
aku ditembak dengan peluru m16
waduhhhhh sakit betol telinga aden mendogarnyo
terbakar den menahan sabar
menang molut makcik tak ambik insuran kot
nasiblah aden kuat sikit cikit iman..he..he...
ada ke dia cakap "awak itu bila nak kawen????
umur dah tua,jangan memilih sangat,
lagipun wak tu bukan cantik sangat....
mak ai sedap betul telinga aku mendengarnya..
berkedut 1000 muka aku..manaada aku tua
umur aku baru nak masuk 24 tahun
ada ke dia cakap aku dah tua
lain lah kalau dah 50 tahun ke........
itu baru boleh cakap anak dara tua
sambil berlalu masuk aku siap mengusik
mak cik kenal-kenalkan lah dengan anak teruna
makcik yang hensem tu...dapat jugak jadi menantu makcik
ku trus meminta izin untuk masuk kedalam
makin lama aku disitu makin sakit terlinga aku dibuatnya
terdetik dihati kecil ku...
perkahwinan bukan perkara yang boleh dibuat suka2
mahupun dibuat main-main
perkahwinan memerlukan seorang tu bersedia
dari semua segi mental,rohani dan jasmani
berat ooooo tanggung jawab bila dah kawen..
buat masa ne aku berkenan dihati
seorang mamat ne..kami dah lama juga berkawan
sikapnye ada ciri-ciri seorang ketua
dalam membimbing...
tu yang buat aku terkesima seketika
tak tau sama ada dia menyintai ku
@hanya kawan biasa sahaja....
kini yang mampu aku lakukan berdoa pada Allah Swt
Semoga dipertemukan jodoh ku dengan lelaki
yang beriman ,penyayang dan bertanggung jawab.
Amin.................




AddThis Social Bookmark Button


Wooooooo fitnah datang lagi  

Saturday, June 27, 2009












Ketika aku marah dan berduka
ingin ku intip serpihan sabar dari catatan
hidup Siti Sarah......



"si polan itu gunakan ilmu hitam
untuk meruntuhkan rumahtangga orang"
GILA pe????? tu ungkapan
yang terkuar dari mulutku
sesungguhnya ungkap yang berunsurkan fitnah
amat perit untuk diterima hati dan fikiraan
tau ke orang yang difitnah akan menjadi mangsa
kepada masyarakat dan keadaan sekeliling...
penduduk isi dunia sanggup memfitnah dan mengadakan
cerita yang boleh mendatangkan keaiban
pada orang yang menjadi mangsa
demi kepentingan dan kepuasaan hati...
aku bukan manusia yang begitu sempurna sekali
aku akui aku banyak kelemahan yang ada kalanya
aku tidak menyedari datang dari diriku sendiri...
aku tidaklah sewarak dan jua tidak
sejahil mana dalam ilmu agama
tapi aku masih mempunyai akal fikiran yang masih
waras untuk membezakan baik buruk sesuatu perkara
ibubapa ku mendidik aku ilmu agama yang secukupnya
buat diri ku untuk menjalani kehidupan harian
yang terlalu banyak onak dan duri...
ilmu agama yang ibu ayah titipkan ku jadikan
pegangan dan pedoman ku...
tapi kenapa aku difitnah sedemikan rupa..
tidak ku sangka pekara ne dilakukan oleh
mereka yang aku anggap macam adik beradik..
bila aku mendengar fitnah yang dilemparkan
aku beristifar berkali -kali...adakah ini duga uji buat diriku
adakah diriku akan diuji sekali lagi...
untuk mendapatkan kesahihan berita yang disampaikan
aku bertanya kepada orang yang menyebarakan fitnah
aku gunakan secara kelembutan tu lebih berkesan
bagiku andai aku tidak melakukan tidak perlu melenting
marah membabi buta...bukan setakat aku difitnah
tapi aku juga digelar dengan pelbagai gelaran
"hantu,syaitan dan macam-macam ada
mengambarkan aku adalah
manusia yang paling jahat sekali
bagi mereka mereka adalah insan paling mulia..
yang mana mereka -mereka tidak penah
melakukan sekelumit hama pun
kesalahan dan kejahatan...
pada zahirnya aku kelihatan boleh
ketawa ,senyum dan bergurau
tapi pada bantinnya hanya Allah yang maha mengetahui
aku pegang kata nasihat kakku....walaupun aku penah gelakkan
"belaja menjadi manusia yang redha"






























AddThis Social Bookmark Button


SaLam PerSaHAbatan Bermula  

Friday, June 26, 2009

KINI SALAM PERSAHABATN KEMBALI BERTAUT



Dalam tak ada mood..sedang aku termenung
aku dikejutkan dengan bunyi telefon
melihat skrin hp nombor ne aku tidak kenali
aahhh angkat jelah..kesian pulak..
waaah terdengar suara seorang jejaka
jadi segar bugar aku dibuatnye
tapi tak nak kedengaran gelojoh aku pun
uat cover sopan dan selamba bersahaja..
bila dia memperkenalkan dirinya
ya Allah sahabat chat aku..
aku katakan pada nya ingat dia
dah melupakan aku
dan tidak sudi lagi berkawan dengan diriku ini
rupanya sangkaan ku tidak benar belaka
semalam kami mengambil peluang bertukar
khbar dan cerita kehidupan masing-masing
semalam sempat aku bersembag dengannye
banayk pandangan dan nasihat
yang diatitipkan buat diri ku
terharu aku mendengarnya ..
insyaallah akan ku semat didalam hati
dan akn ku jadikan pedoman..
ku harap persahabat
antara ku dan dia akan berkekalan
walaupun dia milik orang lain....
kepadanya kuhulur tangan tanda salam persahabatan
semoga engkau sudi menerimanya...



AddThis Social Bookmark Button


jiwaku  



minggu ne aku betul2 tertekan dengan pelbagai masalah
macam mana kucar kacir kemelut politik negara
begitu lah juga kucar kacirnya jiwa batin ku
ya allah aku sekarang seolah-olah hampir menjadi
manusia yang nanar...jiwa aku kosong teramat kosong
naluri ku memberontah kerana pe yang ku inginkan
bertentangan pe yang berlaku.........
ku rasakan manusia disisiku hidup dalam kepura-puraan
aku terlalu bosan sangat untuk menghadapi semua ini..
aku acap kali memikir dan mencari pe yang ingin ku cari
dalam perjalanan meniti hari -hari yang mendatang
aku jadi buntu...makin buntu....
aaaahhhhhhhhhhhhhhh......


AddThis Social Bookmark Button


Di Lema Si Badan Comel  

Friday, May 29, 2009

DILEMA WANITA BERBADAN COMEL



SEMASA BABY BADAN COMEL ORANG BEREBUT NAK DEKAT
BILA DAH DEWASA BADAN COMEL SEMUA LARI



RAMAI PEREMPAUN TAKUT
@FOBIA DENGAN PEREMPUAN GEMUK



ADA KE SAIZ BAJU????
BOLEH KE KO BERGAYA????????
SEMUA BAJU KO PAKAI TIDAK CANTIK





ADA KE LELAKI NAK KAN KO?????
LELAKI 2 PENAH TENGOK KE KO???
DIA BOLEH KE TERIMA DIRI KO???



Dekat mana-mana pun orang akan selalu menganggap perempuan gemuk hodoh, buruk, makan banyak, celupar dan segala macam sifat negatif. Seolah-olah golongan ini tersalah wujud.


FIKIRKAN LAH & RENUNGKANLAH !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

AddThis Social Bookmark Button


macam-macam ragam ooooo..............  

Saturday, May 23, 2009

semalam aku bersembang dengan seorang kak..
pelbagai topik aku sembangkan
ada yang lucu,kehairanan dan sebagainya
dalam sembang kosong antara aku dan dia
pasti butir bicaranya merupakan nasihat buat diriku
setiap nasihatnya aku titipkan buat diri ku
walaupun ramai tidak mengemarinya
menurut mereka dia "ego"
tapi bagi ku dia bukan manusia macam 2
aku begitu senang meluahkan masalah kepadanya
kerana nasihatnya mampu uat aku berfikir rasional
sebelum membuat keputusan sesuatu perkara
semalam kami berbicara pasal
" bertunang dankahwin"
buat masa ramai kawan kerja yang lain
sudah diikat dan disunting
tahniah ku ucapan kan...mungkin dah tiba masanye
dia ada bertanya pasal aku "bila lagi"
secara ikhlas aku katakan aku belum bersedia lagi
kurasakn perkahwinan bukan
pekara yang boleh dibuat main2
dibuat suka-suka..ia perlu persediaan yang cukup
dari segi zahir dan batin
aku tidak mau melakukan
sesuatu perkara hanya menurut kata hati
takut dikata oleh manusia sekeliling aku..
tapi andai dah sampai seru waktu terdekat ini
aku terima dengan hati terbuka..
sedang seronok berbicara pasal orang bertunang
terbukalah dan terceritalah alkisah
seorang member aku ne terlalu
budiman terhadap pakwenya
sanggup berhabisan wang,masa,tenaga dan top up
demi nak menjaga hati kekasihnya
ku katakan pada kakak 2 macam mana ne kak
belum ada pe2 ikatan dah sanggup berkorban pe je
wooo ne mesti kekasih yang paling baik didunia
pasti bertuah sape yang memiliknya....he..he....
pandai sungguh lelaki tu mengambil
kesempatan dan mementingkan diri
macam mana kalau dah berkahwen
pasti mengamalkan konsep
"duit isteri buat belanja rumah duit suami uat enjoy"
mungkin perkara ne tidak mustahil berlaku
lastnye kami ketawa berbicara pasal kekasih yang budiman"
haaah tidak baik ketawakan orang...pelah ko ne dayah
suka bebonar ketawakan orang....



AddThis Social Bookmark Button


 

Design by Amanda @ Blogger Buster