Cahaya SANG bintang  

Thursday, January 29, 2009


Malam ne begitu damai sekali kurasakan sudah terlalu
rasa lama aku tidak menikmati kedamaian seperti malam ne.....
hati ku mendesak untuk melihat cahaya bintang bergemelapan
bertaburan didada langit..
aku mendongak ke dada langit seronoknya.....
andai aku dapat mengapai bintang dilangit@menjadi bintang
pasti seronok tak terkatakan
tapi mustahilkan pelah aku ini angan 2 mat nenin betul he...he.....
aku dapat rasakan dengan melihat cahaya sang bintang
didada langit aku mendapat kepuasan,kedamaian dan dapat
melupakan sedikit masalah yang tidak pernah abis2....
(manusia selagi bernyawa takkan lari dari masalah......)
melihat bintang aku teringat kenangan aku di waktu alam remaja,
dulu masa aku remaja memiliki badan yang montel samapi lah sekarang montel
semua orang tidak sudi berkawan dengan ku,
aku sering menjadi bahan sindiran kawan- kawan
"sukan sukmo dah nak di adakan..dah daftar belum untuk acara sumo...."
lepas kena sindir balik masti menangis...
tapi aku ada seorang teman yang paling rapat dengan ku..
kami macam belangkas..dimana ada aku pasti dia pun ada sama...
dia selalu memujuk aku kalau aku diejek..dia lah teman suka duka ku..
erti kata lain kami sering berkongsi semua benda
termasuk lah kongsi bantal...he..he..
(zmn 2 mana tau malu makin dilarang makin galak membuatnya)
pada suatu malam dia datang kerumah ku
mempelawa aku melihat cahaya bintang dilangit bersamanya..
dia siap berpesan pada ku malam ne dia tidak mahu bersembang dengan ku
tetapi ingin aku menemani dia melihat bintang di dada langit....
masih ku ingat kata-katanya sambil menikmati cahaya bintang...
"dayah cuba pejam mata dan dalam hati dayah sebut apa impian dayah"
kami melakukan pe yang dia cadangkan tadi...bila ku tanya pe impian dia tadi..
dia hanya tersenyum saja..tapi kurasa senyum dia malam itu terlalu manis sangat...
kami menyambung melihat cahaya bintang sedang keseronokan melihat cahaya bintang...
aku masih ingat kata-katanya hingga saat kini..
"andai dayah rindu farhan..dayah tengok bintang pasti rindu dayah akan terubat
" aku hanya ketawa kerana ku sangka itu hanya lawak@ gurauan yang dia
buat dia memang pelawak antarabangsa punya orang..
tapi takdir tuhan sape yang menduga...selepas solat subuh....
aku mendapat berita yang dia pergi untuk selama-lamanye...
dia dan bapanya kemalangan dilanggar oleh kereta
waktu balik dari mengerjakan solat subuh di masjid...
aku kehilangan sesuat yang amat berharga...
aku terpaksa meredhakan pemergianya menemui penciptaNya...
aku doakan semoga rohnya ditempatkan
dikalangan orang yang beriman...amin

AddThis Social Bookmark Button


3 comments: to “ Cahaya SANG bintang

 

Design by Amanda @ Blogger Buster