Di Lema Si Badan Comel  

Friday, May 29, 2009

DILEMA WANITA BERBADAN COMEL



SEMASA BABY BADAN COMEL ORANG BEREBUT NAK DEKAT
BILA DAH DEWASA BADAN COMEL SEMUA LARI



RAMAI PEREMPAUN TAKUT
@FOBIA DENGAN PEREMPUAN GEMUK



ADA KE SAIZ BAJU????
BOLEH KE KO BERGAYA????????
SEMUA BAJU KO PAKAI TIDAK CANTIK





ADA KE LELAKI NAK KAN KO?????
LELAKI 2 PENAH TENGOK KE KO???
DIA BOLEH KE TERIMA DIRI KO???



Dekat mana-mana pun orang akan selalu menganggap perempuan gemuk hodoh, buruk, makan banyak, celupar dan segala macam sifat negatif. Seolah-olah golongan ini tersalah wujud.


FIKIRKAN LAH & RENUNGKANLAH !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

AddThis Social Bookmark Button


macam-macam ragam ooooo..............  

Saturday, May 23, 2009

semalam aku bersembang dengan seorang kak..
pelbagai topik aku sembangkan
ada yang lucu,kehairanan dan sebagainya
dalam sembang kosong antara aku dan dia
pasti butir bicaranya merupakan nasihat buat diriku
setiap nasihatnya aku titipkan buat diri ku
walaupun ramai tidak mengemarinya
menurut mereka dia "ego"
tapi bagi ku dia bukan manusia macam 2
aku begitu senang meluahkan masalah kepadanya
kerana nasihatnya mampu uat aku berfikir rasional
sebelum membuat keputusan sesuatu perkara
semalam kami berbicara pasal
" bertunang dankahwin"
buat masa ramai kawan kerja yang lain
sudah diikat dan disunting
tahniah ku ucapan kan...mungkin dah tiba masanye
dia ada bertanya pasal aku "bila lagi"
secara ikhlas aku katakan aku belum bersedia lagi
kurasakn perkahwinan bukan
pekara yang boleh dibuat main2
dibuat suka-suka..ia perlu persediaan yang cukup
dari segi zahir dan batin
aku tidak mau melakukan
sesuatu perkara hanya menurut kata hati
takut dikata oleh manusia sekeliling aku..
tapi andai dah sampai seru waktu terdekat ini
aku terima dengan hati terbuka..
sedang seronok berbicara pasal orang bertunang
terbukalah dan terceritalah alkisah
seorang member aku ne terlalu
budiman terhadap pakwenya
sanggup berhabisan wang,masa,tenaga dan top up
demi nak menjaga hati kekasihnya
ku katakan pada kakak 2 macam mana ne kak
belum ada pe2 ikatan dah sanggup berkorban pe je
wooo ne mesti kekasih yang paling baik didunia
pasti bertuah sape yang memiliknya....he..he....
pandai sungguh lelaki tu mengambil
kesempatan dan mementingkan diri
macam mana kalau dah berkahwen
pasti mengamalkan konsep
"duit isteri buat belanja rumah duit suami uat enjoy"
mungkin perkara ne tidak mustahil berlaku
lastnye kami ketawa berbicara pasal kekasih yang budiman"
haaah tidak baik ketawakan orang...pelah ko ne dayah
suka bebonar ketawakan orang....



AddThis Social Bookmark Button


Tukang Tilik dah mari...he...he...  

Friday, May 15, 2009


Maksud Nama Huruf yg Pertama

Cuba kome tgk maksud nama tuu.. sama tak ngan karektor sebenar kome


A -Ramah dan murah senyuman.
Mereka juga pandai menyesuaikan diri
dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.
Kelemahannya, sangat mudah berasa hati,
dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas
ketika meluahkan perasaan marah.
Meskipun begitu marahnya mudah reda.


B- Selalu tenang dalam menghadapi masalah
yang rumit dan membahayakan dirinya
adalah ciri penampilannya.
Mereka juga sangat setia dan penyabar,
yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan.
Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.


C -Ramah dan pandai berbicara.
Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan.
Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu
menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.


D- Pendiam, bercakap hanya bila perlu.
Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja.
Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan
dalam mencapai cita-cita.
Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar
mempercayai orang lain.


E -Pandai dan penuh pertimbangan dalam
menjalankan tanggung jawab. S
sikapnya periang bila hatinya senang,
tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan
boleh membuatkan hati orang lain terluka.


F- Punya pendirian yang teguh,
tidak mudah goyah dan keras kepala.
Mereka juga sukar memaafkan.
Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.


G -Kerap murung dan bersedih hati.
Pendiriannya mudah dipengaruhi.
Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan
sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.


H -Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut.
Tidak pernah melukai perasaan orang lain.
Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan,
suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.


I -Suka memendam perasaan dan permasalahan.
Mereka juga mudah merasa curiga
dan cemburu terhadap orang lain. suka menangis


J -Ramah dan murah senyuman.
Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan.
Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.


K- Pandai berjenaka.
Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah.
Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.


L- Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan.
Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain.
Amat berhati-hati bila berbelanja.
Kelemahannya, tidak menepati masa.


M -Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong,
mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat,
kerana mereka tidak berkira.
Kelemahannya, boros dan keras kepala.


N- Baik hati dan rapi dalam berpakaian.
Mereka suka menghulurkan tangan
menolong orang lain tanpa memikirkan balasan.
Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.


O- Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan
serta sukar mempercayai orang lain.
Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.


P- Pandai berjenaka dan selalu ceria.
Punya banyak idea dan sangat kretif.
Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.
Agak pendendam dan boros.


Q- Setia dan mudah memaafkan orang lain.
Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan.
Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.


R -Pendiam dan bercakap hanya bila perlu.
tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh
dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik..
Dan sukar mengawal bicara ketika marah.


S -Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita.
Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.
Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi.
Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.


T- Sangat berdisiplin.
Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku.
Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan.
Suka menonjolkan diri selain senang gugup,
terutama bila bersalah.


U- Suka berterus-terang dan menyendiri.
Naif baginya merugikan orang lain.
Tidak tahan dengan kritikan dan
kurang pandai menyusun kata-kata
jika berbicara didepan orang ramai.


V -Tutur katanya lembut dan pemalu.
Pandai meyesuiakan diri.
Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya
dengan cerita-cerita yang memikat.
Tidak suka berterus terang.


W -Ramah dan mudah simpati.
Sikapnya amat menawan.
Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan.
Keras kepala dan sukar diatur,
tetapi hatinya boleh dilembutkan
dengan kesabaran dan kelembutan.


X -Budi pekertinya halus.
Suka melakukan pekerjaan sosial.
Mudah tersinggung dan tidak
akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.


Y- Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri.
Ramai menganggapnya sombong
walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik.
Tidak berani mengemukakan pendapat.


Z- Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan.
Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.



Notakaki: Kenkadang takleh cayer gak ...

AddThis Social Bookmark Button


Mak...  

Thursday, May 14, 2009



aku berasa teramat bersyukur...
dilahirkan dari rahim seorang wanita yang ku panggil mak
aku dikurniakan seorang mak yang memahami diri ku
mendidik aku dan adik beradikku yang lain
menjadi manusia yang banyak bersabar dan berguna
mak adalah insan yangtidak pandai
menyimpan dendam dan perasaan benci
pada mereka yang selalu berniat buruk
suka menaburkan fitnah dan pelbagai tomahan.
ke atas diri mak....
mak tetap bersabar dan terus tersenyum
diwajahnye tidak tergambar sedikit perasaan terluka,
berdendam dan marah...takada secalit pun...
aku tidak penah dengar sebutir bicara
yang keluar dari mulut mak
menceritakan keburukan orang lain...
acap kali perkataan yang keluar
dari bibirnya hanya memuji..
mak menjadi pendengar yang setia
dikala aku dirundum masalah
mak menjadi air dikala
api kemarahanku sedang menyala...
mak mengunakan kelembutan untuk mendidik
aku dan adik beradik yang lain...
malam tadi air mata ku meleleh melihat
wajah mak yang sedang lena kerana kepenatan
hati kecil ku berbicara "mampu ke aku mewarisi sikap ibu"
mak maafkan anak mu...
sepatutnya HARI IBU yang baru berlalu
pasti ada hadiah paling istimewa buat mu
ku tahu mak tidak penah menagih pe2 hadiah pun
cuma yang mak harap kan kasih sayang anak2
dan melihat anak2 nya bahagi dunia dan akhirat
menjadi manusia yang berguna dan menjadi
anak yang soleh dan solehah...
mak aku berazam akan menghantar mak dan ayah
ke tanah suci Mekah..


"ibu adalah insan paling istimewa dihati ini"


AddThis Social Bookmark Button


HARI BUKU & KANAK-KANAK SEDUNIA  

Wednesday, May 6, 2009



hARI bUkU DAN hArI kANAK -KAnaK


para perserta bergambar bersama yb





Aktiviti bersama bomba sekinchan


abg yazid menyampaikan cenderahati pada yb

yb menyampaikan hadiah pada para pemenang


coral speaking sek keb seri sekinchan




persembahan kanak-kanak tabika

yb dah mula menunjukkan mimik muka

AddThis Social Bookmark Button


peminat misteri  

tidak ku sangka dalam kesibokkan aku
aku berurusan dengan satu badan berunifom
bagi tujuan menjayakan program yang ku rancang
rupanye aku ada peminat misteri...jeng...jeng...
aku sendiri pun tak pasti kenapa dia suka kepada ku
nak kata aku ne ketagori cantik dan ada paras rupa
jauh panggang dari api.....
entahlah tidak dapatlah aden nak kobarkan
aku pun tidak tau yang aku ne ada peminat misteri
dia tau pe yang aku lakukan sepanjang hari...
pelik bin ajaib
semasa aktiviti aku berjalan
aku tidak sedar kehadirannye
dia hanya memerhati tingkah laku dan gerak geri aku
tapi aku sedikit pun tidak perasaan diri aku diperhatikan
alhamdullilah aktiviti aku berjalan dengan jayanya
selesai aktiviti aku mendapat sms dari peminat ku
bunyinya menarik membuat aku mampu tersenyum
"tahniah...senyuman wak menawan"
kah...kah...lawak betul ada jugak mat jiwang
tapi ku anggap itu hanya gurau je......
dia sering mengatakan aku ne wanita pelik
tapi bagi ku pe yang peliknya...aku pun tak taulah
kini antara ku dan dia terjalin persahabatan
buat masa ne persahabatan kami hanya di alam maya
berkali dia mendesak ingin bersua muka
tapi hati ku belum terbuka ingin bertemunya
aku lebih selesa berhubung melalui sms
tapi tak pasti sampai bila..........
entaahhhhhhhhhlaaaahhhhh



AddThis Social Bookmark Button


 

Design by Amanda @ Blogger Buster