Si Anak Kecil
Thursday, February 5, 2009
ku tenung wajahnya,bersih tiada secalit terpahat dosa ..
matanya bulut dan bersinar..
senyum selalu bermain di bibirnya,
ketawa kegembiraan yang mencuit hatinya
begitu manis sekali,
kelincahannya dan kepetahan dia bertutur kata
tidak menggambar dirinya sakit...
tapi pada hakikatnyadia menanggung kesakitan...
dia begitu mengerti bahawa dirinya sakit..
acap kali dia sering bercakap kepada ku
mahupun ahli keluarga yang lain
"adik kena makan ubat sebab adik sakit"
waktu itu jugalah air mata ku pasti bergelinangan
bila dia terlihat air mata ku pasti di suanya pertanyaan
"kenapa mak usu nangis"aku terpaksa berbohong
menyatakan habuk masuk mata...
alasan lapuk he...he...terpaksa bohong sunat
aku dan ahli keluarga yang lain
hanya terdaya memberi kata-kata pujukan
dan kata-kata semangat...agar dia tidak jemu makan ubat
walaupun usianya menjangkau 4 tahun
dia memahami rutin hariannya
yang terpaksa menikmat ubat 7 jenis yang rasanya amat pahit
aku kagum melihat dia dengan sendirinya memakan ubat
yang disediakan oleh kak ipar ku tanpa sebarang paksaan
tapi akibat pengambilan ubat tersebut wajah dan bentuk badannya berubah
terdapat kesan membengkak diwajahnya dan perutnya...
tapi kelinchannya tetap tidak berkurangan
kepetahan tuturkatanya ada masa
membuat aku terputus kata-kata
kini hidupnya bergantung dengan ubat selama 2 bulan
bagi doktor mengesan penyakit yang dialaminya
dia dilarang keras memakan makanan
yang mempunyai rasa yang masin walupun sedikit
takut ia akan menimbulkan kesan yang negatif
pada buah pinggangnya..
aku dan keluarga sedaya upaya merawatnya
cara kampung mahupun cara moden
kini harapan ku dan keluarga ingin melihat dia kembali
sihat seperti sediakala
February 10, 2009 at 3:37 PM
semoga adk MUHAMAD SYAHIR IMAN akan segera sembuh.. insyaallah