kesihatan terjejas  

Tuesday, September 29, 2009


kali ne syawal buat diriku
sambutannya kurang menyeronokkan
sebelum syawal aku beria-ia membuat persiapan
tapi bila tiba syawal yang penuh cahaya kegembiraan
aku rebah di atas tilam...
kurasakan badan aku begitu lesu sangat
dan tidak bermaya...menurut mak
selera makan aku dah kurang sangat
kalau tidak masa hari rayalah akulah
ratu tukang makan..ada je yang nak ku makan
malam raya ku gagahkan jua membantu mak
aku tidak mahu melihat mak sedih
sebab sebelum ini hari raya
kesemua anak-anak mak semua ada
rumah kami riuh rendah....dengan usik mengusik
tapi kali ne hanya ku ,ayah dan mak sahaja dirumah
rupa-rupanya ramai yang perasaan perubahan
diwajahku bila mereka menziarah kerumah ku
mereka pasti bertanya kenapa muka aku terlalu pucat
aahhhh aku cuba selindung kesakitan ku dengan senyuman
dan sedikit palitan lipstik...tapi masih boleh kesan
aku tidak tau kenapa sejak kebelakangan ini
kesihatan ku terjejas...kini aku setiap malam tidak
dapat tido dengan lena...
tido ku sering kali terkejut-kejut...
tapi yang ku pelik badan ku tidak mau kurus
sebab tidak lalu makan.....

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ kesihatan terjejas

 

Design by Amanda @ Blogger Buster