Amin ......kejayaan ku  

Wednesday, September 9, 2009

semalam aku menerima panggilan telefon
dari seorang mamber kerja..
dia bagitahu keputusan peperiksaan PNM
dah keluar boleh tau keputusannya
waktu itu ku rasakan denyutan nadi dan jantungku
terlalu kencang seolah-olah macam baru
menghabiskan larian 1000 meter he..he...
tergambar di otak aku lulus @tidak lulus
kata memberku ramai yang kantoi
termasuklah mereka yang sempat berbincang
alamak habis lah aku..yang otai2 boleh jawab pun
terkandas..ne pulak aku yang terkapai-kapai..
dengar berita 2 mood nak pergi bazar pun dah tak ada
lastnya aku beranikan diri menelefon untuk mengetahui
keputusan aku..tawakal jelah..
alhamdulillah aku lulus semua..
bertambah kegembiran aku bila teman rapat aku
pun lulus semua...amin syukur sesangat.
selepas mendapat berita gembira
aku terus menghubungi seorang yang ku anggap kak
dia sempat titipkan nasihat buat diriku
"sebanyak mana usaha keta itu adalah hasilnya"
terima kasih mak ayah dan kak mis
banyak bagi dorangan pada saya.




AddThis Social Bookmark Button


4 comments: to “ Amin ......kejayaan ku

 

Design by Amanda @ Blogger Buster