Bila Hilangnya Sebuah Harga Diri
Saturday, October 11, 2008
Harga diri manusia adalah maruahnya
Pada maruahlah keindahan seseorang itu
Maruah tidak boleh dijualbeli
Kerana itu jagalah maruah diri
Jangan cemarkan maruah diri
Hilang kepercayaan seluruh manusia
Allah dan Rasul juga memandang
tinggi maruah manusia
Jika di dalam kehidupan seseorang itu
sudah dapat dilihat cacat-celanya
sudah dapat dilihat cacat-celanya
Seperti pembohong, penzina, bergaul bebas
dengan betina, mungkir janji, khianat,
rosak akhlaknya, menzalimi, penipu,
mementingkan diri jadi budaya,
harga diri sudah tiada
Hilanglah kepercayaan manusia
Diwaktu ini ilmu yang tinggi tidak dapat menebusnya
Wang ringgit tidak dapat memulihkannya
Pangkat dan darjat begitu juga
Sekalipun bertaubat
Diwaktu ini ilmu yang tinggi tidak dapat menebusnya
Wang ringgit tidak dapat memulihkannya
Pangkat dan darjat begitu juga
Sekalipun bertaubat
Jagalah harga diri
jangan sampai tercemar
Jika berlaku musnah dan punah harga diri
Jika berlaku musnah dan punah harga diri
Nama baik tercemar
Menderitalah sepanjang hidup seseorang
Menderitalah sepanjang hidup seseorang
"Berpasangan dan cinta adalah naluri dan nafsu, otak yang
mengawalnya. Jika biarkan cinta menguasai diri hingga merosakkan hidup, nescaya diburu kekesalan sepanjang hayatnya"
mengawalnya. Jika biarkan cinta menguasai diri hingga merosakkan hidup, nescaya diburu kekesalan sepanjang hayatnya"
October 11, 2008 at 4:16 PM
... pada akak nilai harga diri lebih merujukan kepada k'taqwaan kepadaNya ...