wanita dan kedudukannya................  

Wednesday, October 22, 2008

Wanita begitu tinggi kedudukannya di mata Islam.

Sabda Rasulullah S.A.W, ” Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki.”
Bila kita perhatikan, sungguh mudahkan utk wanita menjejakkan kaki ke dlm syurga....
kunci pada pintu syurga memang sudah terletak dalam genggaman setiap wanita.
Dan terletak pada seseorang wanita itu, samada untuk mengorak langkah ke hadapan dan membuka pintu berkenaan. Ataupun terus lalai dengan arus dunia,
kerana pasti gugusan kunci itu tidak akan terlepas dari genggaman. Dan akhirnya membawa kepada musnahnya kemuliaan seseorang wanita. Tapi, akan kita semua maklum. Allah itu Maha Pengampun. Dan untuk seseorang yang ikhlas akan taubat-Nya, insya-Allah akan diampunkan Allah dosanya.

This sabda actually leads to this post by a blog upon
googling about the sabda on:
Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat [rujuk pada sabda Rasullulah S.A.W di atas]. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami.

Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah pun bergantung
kepada redha suami.

Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillillah
(berjuang di jalan Allah) di kala mengandung.
Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu
akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba.

Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suaminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa.

Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus hal-hal berkaitan anak-anak akan dapat tinggal bersama Rasulullah S.A.W di Syurga kelak.

Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.

AddThis Social Bookmark Button


 

Design by Amanda @ Blogger Buster